Saturday, September 1, 2012

۝ ROTI DAN ANJING ۝


Kisah 12


Suatu hari, Abdullah bin Ja’far memasuki sebuah kebun kurma. Dia melihat seorang budak kecil berkulit hitam sedang menjaga kebun tersebut. Di tangannya ada beberapa potong roti. Tidak lama kemudian, seekor anjing dating dan memasuki kebun kurma itu. Budak itu terus melemparkan sepotong roti kepada anjing tersebut. Anjing memakannya dengan lahap sekali. Kemudian budak itu melemparkan dua potong roti lagi dan anjing itu memakannya sehingga habis.
Abdullah bertanya, “Wahai anak, apakah yang engkau makan dalam sehari?”
“Tiga potong roti yang tuan lihat tadi,” Jawab budak itu.
“Mengapakah kamu lebih mengutamakan anjing itu dan memberikan semua roti tersebut?” Tanya Abdullah.
Dia menjawab, “Di kawasan ini tidak ada anjing. Anjing itu mungkin dating dari tempat yang jauh. Ia tentu lapar. Aku tidak mahu ia lapar sedangkan aku kenyang.”
Abdullah bertanya, “Lalu, apakah yang kamu makan pada hari ini?”
Dia menjawab, “Aku berpuasa hari ini.”
“Budak ini lebih dermawan daripadaku,” kata Abdullah dalam hatinya.
Abdullah membeli kebun kurma tersebut sekali dengan budak kecil tadi. Dia kemudiannya memerdekakannya lalu menghadiahkan kebun tersebut kepadanya.

[Abdullah bin Ja’afar bin Abi Thalib, keluarga Bani Hasyim paling akhir melihat Rasulullah s.a.w. Ketika Nabi s.a.w. menerima bai’ahnya, beliau baru berumur tujuh tahun. Terkenal dengan sangat dermawan. Pernah bersedekah sehingga beribu-ribu dinar dalam satu masa, 40 000 dinar dan lain-lain. Meninggal pada tahun 83H.]


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.