Saturday, September 1, 2012

۝ BOTOL BERISI AIR ۝


Kisah 11


Seorang utusan Raja Rom datang kepada Mu'awiyah bin Abu Sufyan dengan membawa surat yang berisi beberapa soalan iaitu:

Katakan kepadaku, apakah yang tidak mempunyai kiblat?

Siapakah yang tidak berayah?

Siapakah yang tidak memiliki keluarga?

Siapakah yang kuburnya berjalan bersamanya?

Apakah tiga perkara yang tidak diciptakan dalam rahim?

Apakah sesuatu itu?

Apakah setengah sesuatu itu?

Apakah bukan daripada sesuatu itu?

Kirimkan kepadaku di dalam botol ini benih daripada segala sesuatu.



Lalu Mu'awiyah mengirimkan surat itu kepada Ibn Abbas, faqih terbesar pada ketika itu, untuk menjawab. Maka, Ibn Abbas menjawab:

Yang tidak mempunyai kiblat ialah Ka'abah.

Yang tidak berayah adalah Isa bin Maryam.

Yang tidak memilik keluarga adalah Nabi Adam a.s.

Yang kuburnya berjalan bersamanya adalah Nabi Yunus a.s.

Tiga perkara yang tidak diciptakan dalam rahim adalah biri-biri Nabi Ibrahim a.s., unta betina Nabi Salleh a.s. dan ular Nabi Musa a.s.

Sesuatu itu ialah seorang yang berakal dan menggunakan akalnya.

Setengah sesuatu itu ialah seseorang yang tidak memiliki akal, tetapi dia menggunakkan pendapat orang yang berakal.

Bukan daripada sesuatu itu ialah seseorang yang tidak memiliki akal yang boleh digunakan, dan tidak meminta bantuan dari orang yang berakal.

Ibn Abbas kemudian mengisi botol yang dikirimkan dengan air dan menulis: "Ini adalah benih daripada segala sesuatu."

Lalu, Mu'awiyah mengirimkan jawapan Ibn Abbas dan botol yang berisi air itu kepada Raja Rom sehingga Raja Rom terkejut dengan kebijaksanaan daripada pihak Mu'awiyah.

[Mu'awiyah bin Abi Sufyan, meninggal pada tahun 78H. Sahabat Nabi s.a.w. dan salah seorang penulis wahyu. Pengasas Khalifah Umawiyyah. Anak kepada Abi Sufyan, ketua Bani Abd Syams.]

[Ibn Abbas adalah antara sahabat yang banyak meriwayatkan hadis. Sepupu Rasulullah s.a.w. Dilahirkan tiga tahun sebelum hijrah. Seorang faqih, sangat mengetahui keturunan Arab, peperangan dan sejarah. Buta di akhir hidupnya. Tinggal di Taif sehingga meninggal di sana pada tahun 68H.]


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.