Saturday, September 1, 2012

۝ KEBIJAKSANAAN CUCU RASULULLAH S.A.W. ۝

Kisah 9


Ada tiga orang datang kepada Sayidina Husain bin Ali.
Orang pertama mengadu kepadanya tentang hujan yang turun sedikit.
Sayidina Husain berkata kepadanya, “Banyak-banyakkan istighfar.”
Orang kedua mengadu tentang masalahnya yang tidak dapat anak kerana mandul.”
Sayidina Husain berkata juga kepadanya, “Banyak-banyakkan istighfar.”
Orang ketiga pula mengadu tentang keadaan musim kemarau yang kering.
Sayidina Husain pun menjawab dengan, “Banyak-banyakkan istighfar.”

Sahabat-sahabat Sayidina Husain bertanya, “Wahai cucu Rasulullah s.a.w., tiga orang itu telah mengadu kepadamu masalah yang berbeza-beza, tetapi kenapa tuan menjawab dengan satu jawapan sahaja?”

Maka Sayidina Husain menjawab, “Tidakkah kamu membaca firman Allah: Maka aku katakan kepada mereka, “Mohonlah keampunan kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia yang Maha Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan pula di dalamnya untukmu sungai-sungai.’ (Nuh 71: 10-12)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.