Saturday, September 1, 2012

۝ CUCU RASULULLAH S.A.W. MAKAN BERSAMA ORANG MISKIN DAN KANAK-KANAK ۝



Kisah 8

Pada suatu hari, Sayidina Hasan bin Ali melawati orang miskin yang biasa meminta sedekah di tepi jalan. Mereka tetap menjaga maruah dengan tidak meminta-minta, kecuali kerana sangat memerlukan pertolongan ini. Ketika itu mereka sedang makan sepotong roti di atas pasir. Sayidina Hasan mengucapkan salam kepada mereka dari atas tunggangannya.
Mereka menjawab salam dan berkata, “Wahai cucu Rasulullah, marilah makan tengahari bersama kami.”
“Baiklah, sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang menyombong diri,” Jawabnya.
Lalu, dia turun dari tunggangannya, duduk do atas pasir dan makan bersama orang miskin tersebut. Selepas makan, dia mengucapkan salam, dan naik semula ke atas tunggangannya dan berkata, “Aku telah memenuhi undang kamu, maka penuhilah pula undanganku nanti.”
“Baiklah,” Jawab mereka.
Sayidina Hasan menentukan waktu tertentu dan mereka dating memenuhi undangannya. Dalam jamuan tersebut, Sayidina Hasan menghidangkan makanan yang terbaik untuk merek, bahkan dia sendiri duduk makan bersama mereka.

Dalam kesempatan lain, Sayidina Hasan melawati sekumpulan kanak-kanak yang sedang makan sepotong roti. Ketika kanak-kanak tersebut mengajaknya untuk makan bersama mereka, dia turun dari tunggangannya dan turut makan bersama mereka.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.