Saturday, September 1, 2012

۝ GARISAN HITAM DIBAHU ۝


Kisah 15


Amr bin Tsabit menceritakan bahawa ketika Sayidina Ali bin Husain bin Ali meninggal dunia, orang yang memandikan jenazahnya melihat ada bekas garis berwarna hitam, seperti tanda lebam di bahunya.

Orang mengenalinya berkata, "Dia selalu membawa guni berisi roti di atas bahunya pada malam hari ketika orang lain sedang tidur lena dan menyedekahkannya kepada fakir miskin di Madinah.

Pada ketika yang lain, Sayidina Ali bin Husain bin Ali berkata, "Sesungguhnya sedekah secara sembunyi memadamkan kemurkaan Allah."

[Ali bin Husain bin Ali bin Abi Thalib seorang yang sangat kuat beribadah. Sempat tinggal 2 tahun bersama datuknya, Sayidina Ali bin Abi Thalib. Meninggal di Madinah pada 95H (713M) ketika berusia 57 tahun. Dimakamkan di Perkuburan al-Haqi, Madinah sebelah bapa saudaranya, Sayidina Hasan.]

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.