Saturday, September 1, 2012

۝ API ITU MILIK KAUM MUSLIMIN ۝


Kisah 16


Seseorang datang ke rumah Khalifah Umar bin Abdul Aziz pada suatu malam. Dia mengetuk pintu dan seorang penjaga menyambutnya. Orang itu berkata, "Tolong beritahu Amirul Mukminin, aku adalah utusan daripada gabenornya."
Penjaga tersebut memberitahu Umar bin Abdul Aziz yang ketika itu hampir mahu tidur.
Umar duduk dan berkata, "Izinkan dia masuk," Selepas masuk, Umar meminta lilin yang besar untuk dinyalakan. Kedua-duanya duduk dan Umar pun bertanya kepada utusan itu tentang keadaan penduduk kota, tentang orang Islam di sana dan ahli zimmah, akhlak gabenornya, harga barang-barang jualan, keadaan orang Muhajirin dan Ansar, ibnu sabil (orang musafir) dan orang miskin; apakah setiap mereka mendapat hak masing-masing? Adakah ada aduan yang dibuat? Adakah dia bersikap zalim terhadap orang lain?

Utusan itu menjawab semua soalan itu daripada Amirul Mukmin dengan jelas dan terang.
Selesai Umar bin Abdul Aziz bertanya, utusan tadi pun bertanya balik kepadanya, "Wahai Amirul Mukminin, Bagaimana pula keadaan keluarga, seluruh pegawaimu dan orang yang berada dibawahmu?"

Seketika itu juga Umar bin Aziz memadamkan api lilin yang besar itu dan meminta pembantunya menyalakan lilih yang lebih kecil dab cahayanya sangat sedikit.
Sekarang dia berkata, "Sekarang bertanyalah apa sahaja yang kamu inginkan."
Utusan tadi mengulangi pertanyaan tadi dan Umar bin Abdul Aziz menjawab tentang keadaan dirinya, anak-anak, isteri dan seluruh keluarganya.
Utusan itu bertanya, "Wahai Amirul Mukminin, aku melihat tuan melakukan sesuatu yang tidak pernah aku melihat tuan laksanakan."
Umar itu bertanya, "Apakah perkara itu?"
Dia menjawab, "Tadi tuan mematikan api lilin besar ketika aku bertanya tentang keadaanmu dan keluargamu."
Umar menjawab, "Wahai hamba Allah. Liliin besar yang aku padamkan itu adalah harta Allah dan kaum muslimin. Ketika aku bertanya kepadamu tentang urusan dan kepentingan mereka, maka lilin itu dinyalakan demi untuk kemaslahatan mereka. Tetapi ketika kamu bertanya kepadaku tentang keadaan diriku dan keluargaku, ia adalah urusan peribadiku, maka aku mematikan api milik kaum Muslimin dan menyalakan api milikku.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.