Saturday, September 1, 2012

۝ AKHLAK MULIA UMAR BIN ABDUL AZIZ ۝


Kisah 17


Pada suatu hari, datang seorang tetamu ke rumah Khalifah Umar bin Abdul Aziz. Ketika itu, Umar bin Abdul Aziz sedang menulis di bawah cahaya lampu yang hampir padam.
Tetamu itu berkata kepadanya, "Wahai khalifah, izinkan aku membaiki lampu itu."
Umar bin Abdul Aziz menjawab, "Bukanlah suatu sikap yang baik jika mengambil kesempatan atas tetamuku."
Tetamu itu masih mahu menolong dengan katanya, "Apa pandanganmu jika aku memanggil pembantumu?"
"Jangan, dia baru sahaja tidur." tegas Umar.

Khalifah Umar bin Abdul Aziz pun bangun mengambil botol minyak dan mengisi sendiri minyak lampu sehingga penuh.
Tetamunya kehairanan dan bertanya, "Wahai khalifah, kenapa tuan sendiri membuat semua ini?"
Khalifah Umar bin Abdul Aziz menjawab, "Ketika aku pergi untuk mengisinya, aku adalah Umar, dan ketika aku pergi untuk menulis kembali, aku tetap Umar. Tiada sesuatu pun daripada diriku yang berkurangan. Ketahuilah, sebaik-baik manusia ialah yang merendahkan dirinya kepada Allah.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.