Sunday, August 21, 2011

Berpakaian


Pakaian merupakan satu benda yang perlu ada dalam kehidupan seharian kita, ia menjadikan kita lebih bergaya, bersemangat, lebih berfikiran positif dan berkeyakinan tinggi, pakaian juga boleh menjadikan diri menjadi bangga diri, sombong dan sebagainya. 

Dalam Islam, pakaian juga menjadi aspek penting dalam kehidupan seharian, maka tidak hairanlah jika Islam menjaga gaya dan cara pemakaian penganutnya. Berpakaian menutup aurat menjadi satu kewajipan kepada setiap umat Islam. Jika lelaki, auratnya dari pusat hingga ke lutut. Manakala aurat bagi wanita adalah seluruh anggota badan kecuali ke dua belah tangan dan mukanya sahaja. Islam sudah mewajipkan menutup aurat agar terhidar dari berlakunya maksiat dan kemungkaran.


Dari Abu said al-Khudri r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Lelaki tidak boleh melihat aurat lelaki dan perempuan tidak boleh melihat aurat perempuan. Lelaki tidak boleh berselimut sesama lelaki dalam satu selimut tanpa pakaian dan perempuan tidak boleh berselimut sesama perermpuan dalam satu selimut tanpa pakaian.”


(Bukhari)
Percaya atau tidak, peratus wanita yang menutup aurat dengan sempurna khususnya di Malaysia ini hanya lebih kurang dari 15% sahaja, manakala sebanyak 85% kaum wanita yang lain tidak menutup aurat dengan sempurna.

Adakah ini hanya percakapan yang kosong sahaja?
Mari kita lihat contoh yang mudah...
Wanita tidak menutup rambutnya dengan sempurna.

Wanita yang menutup rambutnya, tetapi tidak memakai baju yang menutup auratnya dengan sempurna.

Wanita yang menutup rambutnya, memakai baju yang menutup aurat, tetapi tidak menutup auratnya pada bahagian kaki.

Jadi sekarang barulah kita percaya bahawa hanya kurang dari 85% yang menutup aurat dengan sempurna.

Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda: "Ada dua macam penduduk neraka yang keduanya belum kelihatan olehku. (1) Kaum yang memiliki cambuk seperti ekor sapi. yang dipergunakannya untuk memukul orang. (2) Wanita-Wanita berpakaian, tetapi sama juga dengan bertelanjang (kerana pakaiannya terlalu mini, terlalu nipis atau tembus pandang, terlalu ketat atau pakaian yang merangsang pria kerana sebahagian auratnya terbuka), dan wanita-wanita yang mudah dirayu atau suka merayu, rambut mereka (disasak) bagaikan punuk unta. Wanita-wanita tersebut tidak dapat masuk syurga, bahkan tidak dapat mencium bau syurga. Padahal bau syurga dapat tercium dari jarak yang sangat jauh."

Pelbagai seksaan dalam neraka bagi mereka yang tidak menutup aurat. Seksaan ini dinyatakan bagi menimbulkan keinsafan dikalangan umat Islam.


“Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: ‘Hendaklah mereka mengulurkanseluruh tubuh mereka.’ Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak di ganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. “ (Q.S Al-Ahzab: 59)
* Jilbab ialah sejenis baju kurung yang lapang yang dapat menutup kepala, muka dan dada.

Setelah kita lengkap berpakaian menutup aurat, adakah disitu kesudahan tentang bab berpakaian kita kali ini? Semestinya tidak, setelah aurat ditutupi dengan sempurna tidak kira lelaki ataupun wanita, kita perlulah menjaga cara pemakaian kita, ini memainkan aspek penting dalam soal berpakaian, pakaian yang dipakai hendaklah tidak terlalu mahal, mewah dan cantik, ini boleh menjadikan kita bongkak, sombong, riak, berbangga diri dan takabbur. Itu sebabnya kita tidak digalakkan hidup bermewahan sehingga melupakan tujuan sebenar kita hidup di dunia ini.
Oleh itu tidak perlulah kita menghabiskan ratusan ringgit untuk berbelanja hanya semata-mata untuk pakaian berjenama dan berfesyen, ia bukan sahaja menjadikan kita lupa diri akan tetapi membazir wang kerana berbelanja lebih. Buat apa kita berbelanja beratus-ratus untuk membeli pakaian berjenama? Baik kita beli pakaian bundle sahaja.. Itu sudah memadai. 
(saya pun pakai pakaian bundle...hehehe)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.