Tuesday, August 9, 2011

Alasan Untuk Tidak Bersedekah

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Bersedekah merupakan satu amalan yang sangat disukai oleh Rasulullah SAW, dimana bersedekah suatu amalan yang membantu insan lain yang serba kekurangan menjalani hidup yang lebih baik...

Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:
“Hendaklah setiap orang Islam itu bersedekah , jika ia tidak dapat berbuat demikian , maka hendaklah ia berusaha sendiri yang dapat memberi faedah kepada dirinya sendiri dan dengan yang demikian ia dapat bersedekah, jika ia tidak sanggup, maka hendaklah ia menolong orang yang susah yang memerlukan bantuan, jika sekiranya ia dapat berbuat demikian, maka hendakah ia menyuruh orang lain mengerjakan kebaikan, jika ia tidak dapat berbuat demikian juga, maka hendaklah menahan dirinya daripada melakukan kejahatan, kerana yang demikian itu adalah dianggap sedekah.”

Hadis ini menunjukkan kepada kita bahawa Rasulullah SAW sangat menggalakkan umatnya bersedekah... Sedekah dapat menghapuskan dosa-dosa dan ia merupakan amalan yang boleh menghalang daripada api neraka.
Kita haruslah bersedekah bagi menunjukkan rasa kesyukuran kepada Allah SWT diatas nikmat yang diberikan kepada kita, sedekah itu amatlah mulia bila disertai rasa rendah diri dan keikhlasan yang tulus dari hati, ia merupakan aspek yang paling penting.
Bersedekah kepada orang lain akan menaikan maruah manakala meminta sedekah akan menjatuh maruah diri sendiri. Itu sebabnya Islam menggalakan umatnya agar berusaha bersungguh-sungguh tanpa mengharapkan bantuan daripada orang lain.


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:” Tangan yang menghulur lebih baik daripada tangan yang menerima, mulakanlah dengan mereka yang di bawah tanggunganmu. Sebaik-baik sedekah itu adalah yang tidak mengorbankan keperluannya atau keluarganya, sesiapa yang menahan daripada meminta sedekah dia akan dijaga oleh Allah S.W.T, sesiapa yang merasa berpada-pada maka diberikan Allah S.W.T kelegaan kepadanya.”

Riwayat Bukhari dan Muslim
Akan tetapi, ada juga yang malas dan berat untuk bersedekah. Pelbagai alasan diutarakan bagi mengelakkan diri dari bersedekah.

  • Sibuk - Ada yang mengatakan sibuk bekerja dan tidak sempat ke surau dan masjid untuk bersedekah, orang ini juga beralasan untuk tidak ke surau dan masjid.
  • Kurang Belanjawan - Alasan kurang belanjawan bulanan adalah satu alasan yang tidak munasabah kerana mana mungkin tidak boleh bersedekah sekurang-kurangnya RM1-RM5 seminggu padahal pendapatan bulanan mencecah ribuan ringgit, golongan ini tidak menyedari bahawa amalan bersedekah akan menyuburkan harta bendanya.
  • Banyak Penipuan - Ini alasan yang gemar diutarakan oleh golongan yang tidak mahu menderma, mungkin kerana alasan ini dilihat begitu kukuh, tapi sebenarnya tidak sekukuh mana pun. Soal penipuan si peminta sedekah, yang rata-rata si kecil dan dari sekolah agama, apakah salah jika kita menderma, soal menipu atau tidak itu adalah urusan si peminta sedekah dengan Allah SWT, kita menderma kita dapat ganjaran pahala, jika si peminta sedekah itu menipu jadi dia yang mendapat dosa. Tidak perlulah kita bersangka buruk, marilah bersangka baik (husnuldzon).
  • Tiada Wang - Adakah menggunakan wang itu satu-satunya cara untuk bersedekah? Tentulah tidak, bersedekah ada banyak cabang-cabangnya. Sudah memadai jika kita rujuk hadis yang saya sertakan diatas artikel ini.
Firman Allah yang bermaksud: "Jika kamu menampakkan sedekah (mu), maka itu adalah baik sekali. Dan jika kamu menyembunyikannya dan kamu berikan kepada kaum fakir, maka menyembunyikannya itu lebih baik bagimu. Dan Allah akan menghapus dari kamu sebahagian kesalahan-kesalahanmu dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan." (Al-Baqarah : 271)


Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:”Perumpamaan orang yang bersedekah lalu menarik kembali sedekahnya itu hanyalah seperti anjing yang muntah lalu memakan muntahnya itu. ” 
 
Riwayat Muslim

Jadi marilah kita sama-sama memperbanyakan lagi amalan bersedekah, jika tidak mampu untuk bersedekah, mari renung hadis dibawah ini..

Dari Jabir bin Abdullah r.a katanya:”Rasulullah SAW bersabda “Tiap-tiap perkara yang makruf menjadi sedekah. Antara perkara yang makruf itu ialah hendaklah engkau (semasa) bertemu dengan saudaramu (sesama anak Adam) biarlah dengan muka yang manis dan (kalau ada yang meminta air) hendaklah engkau tuangkan timbamu ke dalam bekas air yang dibawanya.”
 
(Ahmad)

Nah, sekarang tiada lagi alasan untuk kita bersedekah...
Nak sedekah sikitlah ------> :)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.