Tuesday, April 12, 2011

Masa



 بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم 

(1)وَالْعَصْرِ
(2)إِنَّالْإِنسَانَلَفِيخُسْرٍ
(3)إِلَّاالَّذِينَآمَنُواوَعَمِلُواالصَّالِحَاتِوَتَوَاصَوْابِالْحَقِّوَتَوَاصَوْابِالصَّبْرِ
Demi masa(1)Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian(2)kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat-menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat-menasihati supaya menetapi kesabaran.(3)

Masa, apa yang kita lakukan demi masa? Ruginya orang yang membuang masa dengan perkara yang tidak bermanfaat...
Kerana apa yang sudah terjadi amat jauh dengan diri kita, tidak boleh diundur walau sedetik...


Siapa kata masa itu emas? Masa itu lebih dari emas... 
Tidak ternilai harganya...

Didunia zaman ini, masa begitu pantas, namun adakah kita berlari mengejar masa?
Beruntunglah bagi orang yang mengingati 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara...

Masa itu seperti pedang...

Apa yang kita lakukan untuk masa?

Apa yang perlu ialah dengan melakukan amal yang baik dan meninggalkan segala laranganNya...

Sebagai manusia yang sentiasa lupa dan lalai, ada patut kita membuat satu jadual bagi menyusun aktiviti harian kita.
Dari bangkit tidur sehinggalah tidur semula,  ini menjadikan kita berdisiplin...

Sekiranya diperhatikan dengan teliti, Islam sudah mengajar penganutnya menepati masa dengan Solat, dalam solat diterapkan pelbagai kebaikan yang kita sendiri tidak sedar... Contohnya dari segi kesihatan dan disiplin...

Masa itu tunjang bagi semua perkara... Dan masa yang kita ada sekarang sudah tidak lama lagi, kiamat sudah mendekati kita...

Jadi gunakan masa yang ada dengan sewajarnya, siapa diantara kita yang lalai, marilah saling nasihat menasihati, itu gunanya sahabat...

Masa itu sempit, dan ia lapang bagi orang yang sedar akan pantasnya pergerakkan masa...

Bila kita mengajak orang lain untuk beribadat, ada orang mengatakan "tak bolehlah," "tak sempat," "masa tidak cukup," pelbagai alasan diajukan dan ada diantara mereka beralasan tidak mempunyai masa yang cukup untuk mengerjakan kewajipan...

Kenapa Tidak Punyai Cukup Masa?

Masa itu 24 jam, 8 jam untuk bekerja, 8 jam untuk tidur, 8 jam untuk amalan dan beriadah...
Tapi bagi orang yang mengetahui, 24 jam itu adalah masa beribadat sepenuhnya...

Anda tidak percaya?

Disaat kita bangun, kita membaca doa bangun dari tidur...

اَلْحَمْدُ لله الَّذِى اَحْيَانَا بَعْدَمَا اَمَاتَنَا وَاِلَيْهِ النُّشُوْرَ
Segala puji bagi Allah yang menghidupkanku sesudah mematikanku dan kepadaMu tempat kembali

Selepas itu kita masuk ke tandas, dan membaca doa...

اَللَّهُمَّ اِنِّى اَعُوذُبِكَ مِنَ الْخُبْثِ وَالْخَبَائِثِ
Ya Allah lindungi daku daripada syatan jantan dan betina

Bila kita nak keluar dari tandas, kita pun baca doa...

غُفْرَا نَكَ الله الَّذِى اَذْهَبَ عَنّى الأذَى وَعَا فَانِى
Aku memohon ampun daripada Engkau, Tuhan yang telah menghilangkan bahayaku dan menyihatkanku

Dan begitulah seterusnya sehingga kita hendak tidur semula....
Bukankah itu beramal 24 jam? tiap pekerjaan kita adalah amalan kita sekiranya ia tidak bercanggah dengan Islam, dan kita selalu memulakannya dengan lafaz bismillah...

Indahnya penggunaan masa yang berhemah, masa juga perlu dijimatkan, membazir masa amat-amatlah dilarang dalam Islam kerana ia membawa kita kepada kelalaian dan kealpaan duniawi sehingga melupakan tuntutan agama...

Dalam kita menggunakan masa, kita digesa bersyukur sekiranya diberi kelapangan masa... Masa yang lapang itu boleh digunakan untuk dimanfaatkan ke jalan yang benar...

Indah diri kerana Iman,
Kerana Islam Didalam Dada.
Kalau Kita Bergelar Insan,
Gunakan Masa Sebaiknya.

Allah Itu Tuhan Yang Satu,
Menjadikan Kita Insan Berilmu.
Fikirlah Sahabat Mana Yang Perlu,
Menjimat  Atau Membuang Waktu.

Inilah Nukilan Bertajuk Masa,
Dunia Seisinya Tiada Harga.
Ingatkan Pada Yang Leka,
Agar Islam Bersatu Jua.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.