Monday, April 11, 2011

Mati Itu Pasti...


Ketahuilah, bahawa kematian itu adalah pasti...
Di alam ciptaan Allah ini, kematian akan menemui setiap yang bernyawa...

وَمَا كَانَ لِنَفْسٍ أَنْ تَمُوتَ إِلَّا بِإِذْنِ اللَّهِ كِتَابًا مُؤَجَّلًا وَمَنْ يُرِدْ ثَوَابَ الدُّنْيَا نُؤْتِهِ مِنْهَا وَمَنْ يُرِدْ      
ثَوَابَ الْآَخِرَةِ نُؤْتِهِ مِنْهَا وَسَنَجْزِي الشَّاكِرِينَ  


Sesuatu yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah, sebagai ketetapan yang telah ditentukan waktunya. Barang siapa menghendaki pahala dunia, niscaya Kami berikan kepadanya pahala dunia itu, dan barang siapa menghendaki pahala akhirat, Kami berikan (pula) kepadanya pahala akhirat itu. Dan kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur. (Ali-Imran 145)

Tapi kenapa kita masih belum mengingati mati?

Kenapa orang yang beriman itu tidak takut akan kematian dan  kenapa pula kita ini takut akan kematian?

Ini kerana orang yang beriman itu selalu bersedia untuk mati, sedangkan kita masih melakukan dosa serta tidak bersedia untuk mati...

Kata Anas r.a. "Mati itu kenderaan bagi orang Mukmin,"

Mati itu kenderaan...tapi kita masih belum sedia untuk menaiki "kenderaan" itu...

Ada diantara kita berkata...
"Lambat lagi nak tua, usia muda ni kita enjoy larr,"

Apa kita lupa?
Yg bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa, dan tua akan mati bila-bila masa sahaja...
Mati itu tidak mengenal umur...jika sudah tiba turn kita...kita akan diambil nyawa kita, bersedia atau tidak, ia (mati) akan menemui kita... 
Mati tidak menunggu kita...tapi sepatutnya kita yg menunggu mati...

قُلْ إِنَّ الْمَوْتَ الَّذِي تَفِرُّونَ مِنْهُ فَإِنَّهُ مُلَاقِيكُمْ ثُمَّ تُرَدُّونَ إِلَى عَالِمِ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ فَيُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ

Sesungguhnya, kematian dari mana kamu lari pasti akan bertemu dengan kamu, maka kamu akan dihantar kembali ke (Allah),Allah Maha Mengetahui yang ghaib dan yang kelihatan, dan Dia akan memberitahu kamu apa yang kamu kerjakan. (Jumu'ah 8)
Berpuluh pengawal, beribu pendekar sekalipun, mereka ini tidak akan mampu menghalang kematian kita walaupun apapun yang dilakukan...
Ketahuilah....
"Secerdik manusia ialah yang banyak mengingati mati dan banyak persiapan utk menghadapi mati, mereka itulah orang yg benar-benar cerdik dan mereka akan pergi ke alam baka dengan membawa kemuliaan dunia serta kemuliaan akhirat."

Cuba kita kira, hitung, dan renung balik... amalan apa yang selalu kita kerjakan setiap masa?
Mampukah kita untuk menghadapi mati sekiranya belum bersedia...

Untuk kita memulakan sesuatu perjalanan, kita memerlukan bekalan... Jadi apa yang kita bekalkan untuk hari yang dijanjikan Allah? Hari pembalasan?

Kita sedar kita ini masih kurang bekalan, tetapi kita tidak mahu mencarinya... Sekiranya bekalan kita tidak cukup, kita akan "kebuluran" semasa perjalanan kita nanti...

Dan ingatlah... Apa yang kita perbuat atas muka bumi semasa hidup kita akan diberi pembalasan yang seadil-adilnya....

الْيَوْمَ تُجْزَىٰ كُلُّ نَفْسٍ بِمَا كَسَبَتْ ۚ لَا ظُلْمَ الْيَوْمَ ۚ إِنَّ اللَّهَ سَرِيعُ الْحِسَابِ
Pada hari ini, tiap-tiap diri dibalas dengan apa yang telah diusahakannya tidak ada hukuman yang tidak adil pada hari ini. Sesungguhnya Allah amat cepat hitungan hisabNya. (Al-Mu'min 17)

Sedarlah kita bahawa kita sudah dekat dengan mati...

Takutlah kita akan azab seksa Allah yang keras...

Insaflah kita dari apa yang diazabkan ke atas orang-orang sebelum kita...

Khas Untuk Diriku Dan Dirimu Wahai Sahabatku...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.