Tuesday, April 12, 2011

Sedekah, Pelaburan Dunia Akhirat



Sedekah, merupakan satu amalan yang sangat dituntut oleh Islam...
Amalan sedekah amat disukai oleh Allah, oleh itu bersedekahlah kita...

Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:
“Hendaklah setiap orang Islam itu bersedekah , jika ia tidak dapat berbuat demikian , maka hendaklah ia berusaha sendiri yang dapat memberi faedah kepada dirinya sendiri dan dengan yang demikian ia dapat bersedekah, jika ia tidak sanggup, maka hendaklah ia menolong orang yang susah yang memerlukan bantuan, jika sekiranya ia dapat berbuat demikian, maka hendakah ia menyuruh orang lain mengerjakan kebaikan, jika ia tidak dapat berbuat demikian juga, maka hendaklah menahan dirinya daripada melakukan kejahatan, kerana yang demikian itu adalah dianggap sedekah.”




Ini menunjukkan bahawa sedekah itu amatlah penting, disamping meringankan beban orang yang serba kekurangan... Kita dapat mengeratkan lagi silaturahim kerana amalan bersedekah...



Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:" Sedekah yang paling utama adalah sedekah pada bulan Ramadhan.”

Riwayat at- Tirmidzi

Dan Rasulullah SAW suka bersedekah pada bulan Ramadhan dan sedekahnya seperti air yang mencurah, kerana bulan itu adalah bulan mulia dalam Islam.... Buat penuh rahmat, pengampunan dan pahala berlipat kali ganda...

Dan bagi yang bersedekah Allah memberi ganjaran yang besar di dunia dan Akhirat...

Dari Amru bin Auf r.a katanya Rasulullah SAW bersabda “Sesungguhnya sedekah seseorang Islam itu memanjangkan umur dan mencegah daripada mati dalam keadaan teruk dan Allah SWT pula menghapuskan dengan sedekah itu sikap sombong, takbur dan membanggakan diri (dari pemberiannya).” 

(Bukhari)

Dapat kita lihat disini, Rasulullah SAW memberitahu kita tentang kelebihan bersedekah di dunia dan Akhirat...

Dapat kita lihat, ramai yang takut untuk bersedekah banyak... Kerana takut jatuh miskin...

Kenapa?

Kalau kita ingat lagi kisah Abu Bakar yang membelanjakan seluruh hartanya ke jalan Allah, sehingga ditanya oleh Rasulullah...
"Apa lagi yang kamu ada," Maka jawab Abu Bakar... "Allah dan Rasul,"

Tapi adakah Abu Bakar menjadi seorang yang miskin dan papa? Bukankah dia seorang Khalifah? Allah mengangkat darjatnya (Abu Bakar) dan memberikan pangkat di dunia dan Akhirat...

Daripada Abu Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “ Sedekah tidak mengurangkan harta. Allah tidak melebihkan seseorang hamba dengan kemaafan-Nya melainkan kemuliaan dan tidak merendahkan diri seseorang melainkan Allah mengangkatnya.” 

(Muslim, ad-Darimi dan Ahmad)

Beruntunglah bagi sesiapa yang membelanjaan sesuatu ke jalan Allah...

Kerana bila matinya anak Adam itu, maka terputuslah semua amalannya kecuali tiga, 
1. Anak yang Soleh.
2. Sedekah jariah. (yang mengalir)
3. Ilmu yang bermanfaat.

Jadi Sedekah juga antara "pelaburan" untuk hari Akhirat... Pelaburan ini untuk dunia dan Akhirat...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.