Saturday, September 1, 2012

۝ KENINGNYA DICIUM RASULULLAH ۝


Kisah 40


Sheikh Abu Bakar asy-Syibli datang kepada Ibnu Mujahid. Lalu Ibnu Mujahid memeluknya dan mencium keningnya.
"Kenapa engkau berbuat demikian kepada Sheikh Abu Bakar asy-Syibli?" tanya seseorang kepada Ibnu Mujahid.
Ibnu Mujahid menjawab, "Ketika aku tidur, aku bermimpi melihat Rasulullah s.a.w. dan Baginda mencium kening Sheikh Abu Bakar asy-Syibli.
"Aku bertanyakan kepada Rasulullah s.a.w. "Wahai Rasulullah, kenapa Tuan berbuat begitu kepada Sheikh Abu Bakar asy-Syibli?"
Rasulullah menjawab, "Tidaklah dia ketika selesai mengerjakan solat fardhu, melainkan akan membaca dua ayat berikut:



Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul daripada kalangan kamu, yang amat berat dia rasakan apa yang menyusahkan kamu, sangat mengharapkan kamu (mendapat keimanan), belas kasihan lagi penyayang kepada orang-orang beriman. Maka, sekiranya mereka berpaling, maka katakanlah, cukuplah bagiku Allah yang tidak Tuhan melainkan Dia, kepada-Nya aku bertawakkal dan Dialah Tuhan kepada Arasy yang besar. (At-Taubah: 128-129)

"Kemudian dia membaca selawat: Semoga Allah menambahkan rahmat-Nya ke atasmu wahai Penghulu kami, Nabi Muhammad."
Selepas itu, Ibnu Mujahid bertanya kepada Sheikh Abu Bakar asy-Syibli tentang amalannya selepas solat fardhu dan jawapannya ialah sama dengan amalan yang dilihat Ibnu Mujahid di dalam mimpinya.

[Abu Bakar asy-Syibli seorang imam sufi yang masyhur. Murid kepada Imam Junaid al-Baghdadi. Satu zaman dengan an-Nuri dan al-Hallaj. Meninggal pada tahun 334H.]

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.