Saturday, September 1, 2012

۝ AKIBAT MAKAN HARTA ORANG LAIN TANPA IZIN ۝


Kisah 39


Abu Yazid al-Busthami menceritakan bahawa dia telah lama beribadah kepada Allah tetapi belum mendapat kelazatan dalam ibadahnya. Suatu ketika, dia bertanya kepada ibunya, "Wahai ibu yang kucintai, aku telah lama beribadah, tetapi aku belum mendapat suatu kelazatan dalam ibadahku.

Oleh itu, cubalah ibu ingat semula, apakah ibu pernah memakan barang haram ketika aku masih dalam kandungan ibu atau ketika ibu menyusuiku?"
Ibunya menjawab, "Wahai anakku yang disayangi, ketika kamu masih dalam kandungan ibu, ibu telah memakan makanan orang lain tanpa izin pemiliknya."
Abu Yazid berkata, "Wahai ibu, sekarang pergilah ibu ke tempat orang berkenaan dan mintalah izin daripada apa yang pernah ibu dahulu tanpa izinnya."

Ibunya kemudiannya menemui orang tersebut dan menceritakan apa yang dibuatnya itu serta mengakui kesilapannya. Orang itu menghalalkannya. Ibunya terus kembali kepada Abu Yazid dan menceritakan apa yang berlaku.

Selepas daripada peristiwa itu, barulah Abu Yazid merasa kelazatan dalam beribadah dan bermunajat kepada Allah, bahkan merasai kenikmatan hidup.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.