Saturday, June 25, 2011

10 Sen

Hari itu...aku berjalan untuk ke kolej, macam biasa aku melewati jalan yang biasa aku lewati, kawasan dimana setiap malam ada pasar disitu... aku berjalan sambil menghirup udara pagi yang segar... tiba-tiba aku ternampak duit syiling 10 sen.. aku mengambilnya.. digenggam sambil kakiku terus melangkah ke kolej...
"Nak buat ape dgn duit seposen ni," bilang aku dalam hati...hatiku terlintas untuk menderma ditabung masjid... sebab ada orang cakap tak elok guna duit yang kita jumpa yang sudah semestinya bukan hak milik kita... aku tengok jam...awal lagi ni... aku singgah disebuah masjid yang ada di tepi jalan... aku menderma 10 sen tu...
Esoknya aku berjalan ditempat itu lagi,kali ni aku jumpa RM 1, seperti semalam...aku terus menderma... dalam kotak pemikiranku...sebab aku mnderma seposen aku dapat balasan 10 kali ganda... begitu juga hari berikutnya..RM 10 pula yg aku jumpa... kali ini berlainan pula pemikiranku... "RM10 ini klu aku derma dapatlah RM 100 dari Allah, RM100 kalau aku derma dapatlah RM 1000 dari Allah, wah banyak," kepala otak aku ini asyik mengira-ngira berapa balasan Allah nanti kalau aku menderma dengan lebih banyak... aku singgah di masjid yang selalu aku singgah untuk menderma itu...RM10 aku masukkan ke dalam tabung masjid itu.. petang itu aku balik...sampai malam aku duk fikir tentang balasan Allah itu esok..
Pagi itu aku bergegas ke tempat dimana tempat aku selalu jumpa duit... tapi hari tu agak berlainan jadinya... tiada sedikit pun duit yang aku temui... aku sedar...aku sudah termakan pujukan syaitan, kerana asalnya 10 sen aku dah jadi lalai, buat aku lupa..kalau aku menderma tanpa mengharapkan balasan Allah, walaupun aku tak jumpa duit hari ni...aku dapat ganjaran pahala...akibat dari apa yg aku niatkan...ganjaran pahala derma aku itu langsung tidak mendapat ganjaran pahala kerana aku tidak ikhlas...Aduh ruginya aku dunia akhirat...kerana aku tidak ikhlas...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.