Sunday, July 10, 2011

Ramadhan 1432H/2011M



Assalamualaikum...
Bismillahirohmanirrohim...
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani)


Mari kita ucapan selamat kembali Ramadhan Al-Mubarak...
Alhamdulillah,  kita masih dipanjangkan umur untuk  Ramadhan kali ini, marilah kita sama-sama panjatkan ribuan kesyukuran kepada Allah Yang Maha Besar...
Subhanallah, marilah kita renungkan bersama, apakah amalan yang kita usahakan pada Ramadhan yang lepas, adakah peluang yang diberikan Allah itu berbaloi? Apakah kita mengambil sebaik mungkin kesempatan yang diberikan kepada kita? Kesempatan untuk bertaubat, mendapat rahmat, pengampunan dari Yang Maha Esa.. Adakah Ramadhan yang lepas sudah mengubah kita ke jalan yang lebih baik? Jalan-jalan para Nabi dan Rasul, para Ulama' para solihin? Yakni jalan yang diredhai Allah...


Mari kita cermin diri kita... Adakah mampu untuk kita berubah pada Ramadhan ini? Berubah dari yang buruk kepada yang baik, dari yang baik kepada yang lebih baik... Bolehkan kita?


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Apabila datangnya bulan Ramadhan, pintu-pintu syurga dibuka, manakala pintu-pintu neraka ditutup, syaitan dirantaikan.”

 
Riwayat Bukhari & Muslim


Sekiranya kita tidak mampu untuk berubah dalam bulan mulia ini, mungkinkah kita mampu mengubah diri kita dalam bulan yang lain?

Nabi s.a.w bersabda: "Apabila bermula malam yang pertama dari bulan Ramadhan….menyerulah Malaikat, katanya: "Wahai orang yang mencari dan berkehendakkan kebaikan: Tampillah mengerjakannya, dan wahai orang yang merasa mahukan kejahatan; berhentilah dari meneruskannya; dan (ketahuilah) Allah banyak membebaskan orang-orang yang dijanjikan dengan neraka daripada memasukinya."Seruan dan keampunan yang demikian, ada pada tiap-tiap malam (dalam bulan yang tersebut)."

Abu Hurairah r.a

Solat kita, amalan seharian kita mendapat lebih besar ganjaran pahalanya.. Bukanlah ganjaran pahala yang kita patut kejarkan, tetapi keredhaan Allah itu adalah lebih besar dan lebih baik...

Nabi s.a.w bersabda: "Sesungguhnya Allah memberi rahmat dan Malaikat-Nya pula mendoakan bagi orang-orang yang sembahyang pada saf yang pertama."

al-Bara' bin 'Aazib r.a

Mungkin sahaja Ramadhan kali ini adalah Ramadhan terakhir bagi kita, maka jadikanlah Ramadhan ini untuk mendekatkan diri kita kepada Allah  Taala, Allah memberikan kita peluang.. Apa kita tidak mahu? Allah tidak menzalimi hamba-Nya.. Tetapi kita sendiri yang menzalimi diri kita dengan mencampakkan diri kita ke lembah kemaksiatan...
Ramadhan boleh dijadikan satu platform untuk berubah, dan kekalkan apa yang kita usahakan di bulan mulia..
Banyak amalan yang boleh kita lakukan...Rasulullah SAW suka menderma pada  bulan Ramadhan, Baginda menderma seperti air yang mengalir...

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:" Sedekah yang paling utama adalah sedekah pada bulan Ramadhan.”

Riwayat at- Tirmidzi

Lihatlah,  betapa mulianya Ramadhan.. meringankan beban orang yang tidak bernasib baik, jadi bagaimana kelakuan yang elok pada  bulan Ramadhan? Kita perlulah saling bertegur sapa, selalu menziarahi saudara mara, ramah, pemurah dan pelbagai sifat-sifat terpuji yang lain, dan seharusnya kita mengekalkan kelakuan baik itu sepanjang masa... Adakah kita hanya beribadat, merendah diri, mendekatkan diri kepada Allah hanya kerana Ramadhan? Jadi janganlah kita hanya menjadi rajin, bangun malam (Qiamulail) hanya kerana bulan Ramadhan...

“Daripada Ibnu Abbas r.a. katanya, bahawa Rasulullah s.a.w. adalah seorang yang sangat pemurah kepada orang lain, lebih-lebih lagi pada bulan Ramadhan ketika baginda didatangi oleh jibril a.s. Jibril datang berjumpa baginda pada setiap malam lalu mengajar al-Quran kepada Baginda. Sesungguhnya Baginda bersifat pemurah dengan bersegera melakukan kebaikan umpama angin yang bertiup kencang.”

(al-Bukhari dan Muslim)

Puasa ini boleh menghapuskan dosa kita, perbanyakkanlah amalan.. Marilah berubah.. Serulah dan sebarkanlah kebaikan, berpuasa tidak melemahkan kita, tetapi menguatkan kita, puasa juga merehatkan perut kita dari 'bekerja'. Kerana banyak penyakit datangnya dari permakanan kita..

Kaab bin Ujrah menceritakan suatu kisah menarik daripada Rasulullah S.A.W di mana baginda bersabda:” Hampiri mimbar! Lalu kami semua menurutinya, ketika baginda melangkah ke tangga yang pertama baginda mengatakan:”Amin”. Apabila baginda melangkah tangga yang kedua baginda mengatakan:”Amin”, begitulah apabila baginda melangkah tangga yang ketiga. Lalu kami bertanyakan tentang maksud perbuatannya itu, baginda menjawab:”Aku didatangi Jibrail a.s mengatakan kepadaku:”Jauhlah (rugilah orang yang sempat dengan Ramadhan tetapi tidak mendapat pengampunan.” Aku pun menyahut dengan berkata:”Amin”. Di tangga yang kedua Jibrail mengatakan:”Jauhlah orang yang apabila disebut namamu (Muhammad) dia tidak mengucapkan selawat ke atasmu,” aku pun menyahut:”Amin.” Di tangga yang ketiga Jibrail mengatakan:”Jauhlah orang yang sempat dengan kedua-dua orang tuanya yang sudah uzur atau salah seorang mereka, tetapi mereka tidak memasukkan dia ke dalam syurga.” Aku pun mengatakan:”Amin.”

Jangan kita menjadi rugi, tidak mendapat pengampunan dari Allah ketika sempat bersama Ramadhan... Wallahualam...

[Sekiranya anda mempunyai amalan-amalan yang utama pada bulan Ramadhan, sila tinggalkan komen anda]

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.