Monday, May 9, 2011

Kasih IBU

Kasih Ibu Kepada Kita Si Anak...

Mengandungkan si anak selama 9 bulan 10 hari, makan kena berkhasiat, semata-mata untuk menjaga si anak.
Melahirkan si anak dengan keadaan yang sakit, putus urat-urat bagi melahirkan kita, dengan izin Allah si anak selamat dilahirkan.
Menyusukan si anak selama 2 tahun, membelai dan menjaga si anak bagai menatang minyak yang penuh. Walaupun terpaksa berpantang, sakit, dan sebagainya, si ibu sangat menyayangi si anak lebih dari menyayangi diri sendiri...
Si ibu membelai si anak, memberikan pelajaran berguna, ilmu dunia dan akhirat. Si anak merintih menangis, kepada si ibu ia mengadu, si ibu menenangkan si anak. Di sisi ibu kita dibelai.
Si anak mengadu lapar, si ibu segera menyediakan makan minum tanpa banyak kata, disuap dengan rasa kasih. Si anak hendak tidur, si ibu mengalunkan zikir. Si anak tidur, si ibu berjaga, tiada seekor nyamuk pun menggigit si anak. Si ibu tidurnya lewat, bangunnya awal, menyediakan sarapan kepada si anak. Si anak dikejutkan untuk solat subuh, diajar dari kecil. Si anak diajarkan Al-Qur'an.
Apabila si anak balik dari bermain diwaktu petang, si ibu mengutip pakaian si anak dan membasuhnya, kadang-kala si ibu memarahi si anak kerana kesilapan si anak, namun marah itu tanda sayang.
Apabila meningkat remaja, keperluan si anak semakin tinggi, si ibu terpaksa berkerja disamping suami agar dapat menampung keperluan. Si ibu menjaga ramai si anak, dari yang remaja hinggalah yang kecil.
Si ibu banyak sabarnya, mengeluhnya tiada. Harapan si ibu bukan duit atau harta, cuma ingin kita berjaya.
Si ibu selalu disamping, menjadi tempat mengadu dan sebagainya. Harapan si ibu biarlah si anak sempurna hidup, dunia dan akhirat.



Kasih Kita Si Anak Kepada Ibu...


Dari kecil si anak menangis, tidak kira malam tidak kira siang, biarpun si ibu mengantuk si ibu tetap menjaga si anak. Si anak meragam, banyak ragamnya. Bila si anak tamat di tadika, di anak membawa pulang keputusan baik dari tadika. Ketika si anak mendapat keputusan UPSR yang baik 5A dan sebagainya, si ibu menangis keriangan. Ketika si anak mendapat kecemerlangan ketika PMR, si anak bangga dapat membuatkan si ibu tersenyum. Ketika si anak memperolehi keputusan SPM yang cemerlang, si ibu bangga  dengan kejayaan si anak. Bila si anak memperolehi kemasukan U atau sebagainya, si ibu gembira bukan kepalang.
Bila si anak membawa balik segulung ijazah, si ibu tidak dapat menahan sebak, sujud syukur kepada Yang Esa. Bila si anak mendapat pekerjaan yang baik, si ibu tumpang senang.

Namun, walau apapun yang si anak buat untuk si ibu, walaupun sepanjang masa adalah TERBAIK....
si anak masih belum dapat membalas jasa si ibu...Tidak walaupun sedikit...

Hari ibu sudah tiba... Jangan kerana hari ibu baru kita hendak ingat ibu kita, hari ibu hanya simbolik. sebenarnya, setiap hari adalah hari ibu...

9 Bulan 10 Hari,
Tempoh Anak Dikandung Ibu.
Wahai Anak Dengarlah Sini,
Kasihlah Insan Bernama Ibu.

Dari Kecil Hingga Dewasa,
Dibelai Dimanja Seperti Putera.
Bila Berjaya Kau Jangan Lupa,
Ibumu Jua Segala-gala.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.