Saturday, April 9, 2011

Renungan


Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan
waktunya yang tidak kita
ketahui. Cuba kita amati.
Mengapa kebanyakan
orang yg nazak, hampir
ajal tidak dapat berkata apa-apa.. lidahnya kelu,
keras dan hanya
mimik
mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul
maut'.

Diriwayatkan sebuah hadis yg
bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan
diri
ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya
ketika maut
menghampirinya." Ini jelas menunjukkan, kita
disarankan agar
mendiamkan
diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan
berkumandang. Sebagai
orang beragama Islam kita wajib menghormati
azan. Banyak fadhilatnya.

Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak
dan diamkan diri.
Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan
diri?
Lantas sesiapa
yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan
lidahnya ketika
nazak. Kita takut dengan kelunya lidah kita
semasa ajal hampir tiba
maka
kita tidak dapat mengucap
kalimah "Lailahaillallah.." yang mana
sesiapa
yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika
nyawanya akan dicabut Allah
dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka.

Dari itu marilah kita
sama-sama menghormati azan dan mohon kepada
Allah supaya lidah ini
tidak
kelu semasa nyawa kita sedang dicabut. "Ya
Allah! Anugerahkanlah
kematian kami dengan kematian yang baik lagi
mulia, lancarkan lidah
kami
mengucap kalimah "Lailahaillallah.." semasa
sakaratul maut menghampiri
kami. Amin.. amin.. amin Yarobbal a'lamin.."




WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada
SAIDINA ALI R.A.;

Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yg haram.
3) Merendahkan diri.


Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3
tanda2nya:
1) Merahsiakan ibadahnya.
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.


Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3
tanda2nya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam
keharaman.


Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

Wang RM50 atau S$50 kelihatan begitu besar bila
dibawa ke kotak derma
masjid, tetapi begitu kecil bila kita bawa ke
supermarket.
45 minit
terasa terlalu lama untuk berzikir tapi betapa
pendeknya waktu itu
untuk
pertandingan bola sepak.

Semua insan ingin memasuki syurga tetapi tidak
ramai yang berfikir dan
berbicara tentang bagaimana untuk memasukinya.

Kita boleh mengirimkan ribuan 'jokes' dan 'surat
berantai' melalui
e-mail tetapi bila mengirimkan yang berkaitan
dengan amal ibadah
seringkali
berfikir 2 atau 3 kali............

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.