Saturday, April 9, 2011

Petua Pelajar Cemerlang

Bagaimana Nak Menyerlahkan Kecemerlangan Anda?
Sentiasa berfikiran positif pada diri sendiri.
R 95% pelajar didapati mengaku mereka tidak cemerlang, mereka yakin mereka sekadar sederhana.
R Pelajar yang berfikir bahawa mereka tidak cemerlang, tidak mungkin akan menjadi pelajar cemerlang.
R Sentiasa berfikiran bahawa Allah telah menjadikan kita sebaik-baik kejadian.
R Sebenarnya kita cemerlang tetapi kita masih belum dapat menyerlahkan kecemerlang yang ada pada diri sendiri.
Pelajar yang cemerlang ialah pelajar yang menggunakan kedua-dua belah otaknya semasa belajar.
R Otak kanan ialah otak sastera.
R Otak kiri ialah otak sains, sistematik dan logik.
R Banyak menggunakan kedua-dua belah tangan atau kaki supaya dapat merangsang kedua-dua belah otak.
Pelajar Cemerlang Merangsang Kesemua Deria Yang Digunakan Dalam Proses Pembelajaran.

R 10% yang dapat diingat dari apa yang dibaca.
R 20% yang dapat diingat dari apa yang didengar.
R 50% yang dapat diingat dari apa yang dibaca dan didengar.
R 90% yang dapat diingat dari apa yang diamalkan atau dipratikkan.
R Sentiasa belajar dengan cara input dan output. Contohnya : Membaca, membuat nota, diagram, peta minda(Input Learning). Sentiasa menjawab soalan apa yang baru diulangkaji(Output Learning).
R Belajar secara aktif. Contohnya : Membaca menggunakan jari telunjuk untuk membantu konsentrasi, kefahaman dan pengingatan. Terus membuat peta minda setelah habis membaca buku dan selalu minum air masak. Cara ini tidak membosankan pelajar semasa belajar.
R Belajar banyak jam, pelajar menengah sekitar 3-5 jam sehari. Pelajar IPT sekurang-kurangnya 5 jam keatas sehari.
Sentiasa Bersedia Dengan Persiapan Awal.
R Fokus dalam pembelajaran bermula dari awal tahun.
R Meluangkan masa sekurang-kurangnya 3-5 jam sehari walaupun lambat lagi untuk menghadapi peperiksaan.
Keadaan Persekitaran Yang Selesa.
R Mengikut kajian, persekitaran yang kondusif ialah banyak warna hijau dan kuning.
R Pastikan cahaya atau lampu terang supaya mata tidak mendapat gangguan.
R Persekitaran yang hangat membantu pembelajaran yang baik.
R Kurangkan bising.
R Jangan belajar diiringi dengan muzik. Otak akan confuse atau keliru dan tidak dapat merangsang pembelajaran yang baik.
R Tampal poster dan kata-kata semangat supaya dapat membangkitkan semangat.
R Menghadap kiblat dan jangan belajar sambil baring dan tidur.
R Menghadap tingkap supaya mendapat oksigen yang secukupnya yang diperlukan oleh otak.
R Memakai wangi-wangian supaya dapat menumpukan kosentrasi.
R Sentiasa senyum semasa belajar dan berfikiran positif.
Ingat Ini!
R Jangan ponteng kelas walaupun kelas yang dianggap remeh atau tidak masuk exam.
R Jangan menjadikan guru merasa fed-up dan kecil hati. Ini akan menjadikan keberkatan pembelajaran akan hilang.
R Jangan berfikiran negatif.
Pelajar cemerlang tahu memotivasikan diri sendiri atau merangsang diri sendiri.
R Tulis atau catat dalam diari apa yang positif yang kita buat tiap-tiap hari. Dengan ini dapat menaikan dan mendorong diri sendiri.
R Berkawan dan bergaul dengan kawan-kawan yang positif. Ia akan merangsang motivasi diri.
R Merangsang dan mengingatkan orang lain dengan perkara positif.
R Berdoa dan bertawakal kepada Allah.
R Jangan tinggal solat.
R Riadah selama 30 minit 2-3 kali seminggu. Otak yang cerdas terletak pada badan yang sihat, tetapi jangan terlalu kuat beriadah sampai penat dan letih.
R Buat time table, perlu ikut dan disiplin dengan diri sendiri.
R Time table perlu merangkumi semua perkara dan tidak sahaja merangkumi pembelajaran sahaja.
R Time table mestilah anjal dan fleksibel.
R Subjek yang pelajar tidak minat perlu dimulakan dulu semasa ulangkaji dan subjek yang pelajar minat diulangkaji di akhir sesi ulangkaji.Ini mengelakkan dari tercicir pelajaran.
R Bentuk sifat-sifat yang cemerlang.
R Sentiasa kemas dan tidak selekeh semasa belajar.
Ciri-ciri Pelajar Cemerlang
R Taat kepada Allah S.W.T. Sembahyang mesti jaga. Ikut sunnah Rasulullah S.A.W.
R Hormati kedua ibu bapa dan sentiasa doakan mereka.
R Hormat dan sayang guru. Doakan guru dan sentiasa minta maaf dengan guru.
R Sentiasa bermotivasi tinggi, berdisiplin, bersemangat, bersungguh-sungguh dan seronok hendak belajar, suka setiap subjek.
R Suka nasihat kawan dan menerima nasihat dari kawan.
R Suka bantu kawan, siapa yang bantu orang lain, Allah akan permudahkan urusan hidupnya dan Allah akan membantunya Insya-Allah.
R Banyak-banyak berdoa dan tawakal kepada Allah.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.