Saturday, September 1, 2012

۝ DUNIA PENJARA BAGI MUKMIN DAN SYURGA BAGI KAFIR ۝


Kisah 46


Al-Hafiz Ibn Hajar al-Haitami adalah hakim agung di Mesir pada masanya. Dia sangat dimuliakan sehingga jika ingin pergi ke tempat kerjanya, dia akan menaiki kenderaan yang ditarik oleh kuda-kuda atau keldai-keldai serta siap dengan kawalan.

Suatu hari seorang penjual minyak beragama Yahudi yang berpakaian agak kotor memberhentikan kenderaannya dan bertanya, "Sesungguhnya Nabi kamu bersabda: 'Dunia adalah penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir.' Tuan adalah Hakim Agung, ada pengawal dan penuh kenikmatan, sedangkan aku di dalam azab dan penuh kesengsaraan."

Ibn Hajar menjawab, "Aku dengan nikmat dan kemewahan yang aku rasakan ini jika dibandingkan dengan nikmat syurga adalah penjara. Kamu pula dengan kesengsaraan yang kamu rasakan jika dibandingkan dengan azab neraka adalah syurga."

Seketika itu juga, Yahudi itu berkata, "Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang sebenarnya melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad s.a.w itu adalah pesuruh Allah."

[Imam Ibn Hajar al-Haitami adalah Abu al-Abbas Ahmad bin Muhammad al-Haitami. Murid Syaikh al-Islam Zakaria al-Anshari dan Syihab ad-Din ar-Ramli asy-Syafi'i. Diberi kepercayaan mengajar dan berfatwa ketika umurnya belum sampai 20 tahun. Meninggal pada tahun 973H/974H. Mendapat gelaran Umdah al-Muta'khirin.]

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.