Saturday, April 9, 2011

Kata Ibu


Hari tu aku bangun awal, cam biasa r, aku bangun pukul 6 pagi, bangun awal pagi best, segar je bila lepas mandi, lepas menunaikan solat subuh, aku makan sarapan yang disediakan oleh mak aku, nasi goreng telur mata, mmg favourite aku tu, SPM dah dekat, so aku kena ulangkaji bersungguh², target aku? Mesti la aku nk 10A1, tinggi target aku...hahaha..
Jam dah pukul 7 pagi ni, aku ditemani oleh ibuku sampai kat pintu rumah, aku cium tangan ibu aku, dahi n pipinya aku kucup tanda sayang...minta redha dari ibu tersayang,
"Dah baca doa ke?" tanya ibu ketika aku nak keluar dari pintu rumah,
"Dah baca dah," jawab aku sambil tersenyum...Doa keluar rumah,dari form 1 lagi aku dah amal doa ni... Bismillahi tawakkaltu 'alallah...supaya Allah bantu aku setiap masa kat mana² je aku berada, aku berjalan...walaupun jauh tapi aku suka,time jalan kaki tu aku berzikir, tiap langkah aku berjalan, aku mesti berzikir...kata ibu,hidup biar berkat...biar kekurangan harta asalkan berkat...
Sampai kat sekolah, time jumpa cikgu mesti aku bagi salam, nak ilmu yg aku belajar tu berkat, mesti kena hormat cikgu, itu kata ibu... Kat sekolah, aku terkenal dgn kecerdasan otak aku ni...aku boleh dikategorikan dalam pelajar pintar la..tp aku tak menyombong diri, tiap ilmu yg aku ada, aku kongsi kat kawan² KATA IBU, KLU NAK ILMU TU BERKAT,KENA LA KONGSI KAT SEMUA ORANG, klu dalam kelas aku selalu mendahului kawan² aku dalam semua mata pelajaran, tp KATA IBU, JGN ANGKUH,SOMBONG NTI ILMU TU KENA TARIK BARU TAW! Aku cuma merendah diri je, aku cakap ilmu yg aku ada ni dari Allah SWT...
Satu hari yg cukup mendebarkan, exam SPM, takut aku dibuatnya...pukul 5 pagi aku dah bangun, solat sunat dan hajat biar gugup dan diberi petunjuk..aku tengok ibu aku dah bangun,sarapan pun dah siap, rupa²nya ibu aku selalu bangun awal,tapi pukul berapa ye?? Aku tidak terlalu memikirkan hal tu kerana aku nak ambil exam hari ni, lepas solat subuh aku baca Qur'an sikit, biar tenang, KATA IBU, NAK DAPAT TENANG BUKAN DARI HISAP ROKOK ATAU BUAT BENDA YG TAK BERFAEDAH,TAPI DGN SOLAT DAN BACA QUR'AN KITA DAPAT TENANGKAN DIRI...selesai aku baca surah lazim...aku sarapan pagi ditemani ibu aku, macam biasa, nasi goreng telur mata, sedap! Aku melangkah setelah mencium tgn dan dahi ibuku,aku keluar rumah dgn bacaan bismillahi tawakkaltu 'alallah...dgn penuh harapan dan bertawakal pada Yg Esa...
Sampai kat Dewan peperiksaan,aku melangkah kaki kanan, KATA IBU,MULAKAN BERBUAT PERKARA BAIK DGN TGN ATAU KAKI KANAN,DAN DISUDAHI DGN TANGAN ATAU KAKI KIRI...
Aku duduk diatas kerusi aku, DH 00834 angka giliran aku, XXXXXX-XX-XXXX nombor kad pengenalan aku, menjawab soalan peperiksaan dgn berhati²...~selesai exam SPM~
Aku bekerja sambilan kat sebuah restoran berhampiran dgn rumah aku, best dapat duit sendiri, sedikit sebanyak aku boleh bagi ibu, KATA IBU,JGN MEMBAZIR...DARI MEMBAZIR ELOK SEDEKAH KAT MASJID..
Hari Keputusan SPM keluar, aku berdebar time nak pergi ambil keputusan SPM tu, takut betul, tapi aku bertawakkal pada Allah, KATA IBU, KLU DAH BERUSAHA DAN BERDOA, APA YG NK JADI TU TERSERAH PADA ALLAH,TAWAKAL JE... aku ambil keputusan SPM aku tu, menggigil tgn aku ni... bila aku tgk keputusan tu, aku menangis...mengalir air mata aku ni tanpa aku sedar, orang ramai kat situ pun aku tak peduli langsung, aku terus pulang ke rumah... Aku masuk ke dalam rumah dan terus peluk ibu aku, ibu aku sedikit terkejut,
Aku menunjukkan keputusan SPM aku pada ibu,
Alhamdulillah....itu perkataan yg pertama yg ibu sebut, aku gembira kerana usaha aku selama ni berhasil,aku mendapat keputusan cemerlang, 10A1...aku lihat air mata ibuku berguguran tanda bangga atas kejayaan ini..Alhamdulillah...Aku ziarah pusara ayahku bersama ibu,aku mengalirkan air mata,tentu AYAHKU BANGGA DGN AKU bisik hati kecilku..
Aku terima tawaran utk menyambung pembelajaran aku kat sebuah universiti ternama di negara ini..Aku mendapat biasiswa dari kerajaan, aku mengambil bidang kedoktoran... Semasa kat U, aku berjauhan dari ibu rasa rindu pun ada…
Dah dua semester aku belajar kat U, perangai aku tetap tak berubah,aku tetap macam dulu,sbb aku ingat kata ibu, satu hari aku terlanggar seorang pelajar kat U aku tu dgn tidak sengaja, aku tolong ambilkan buku pelajar tu..
"maafkan sy" kata aku berkali²… Nak dijadikan cerita,aku pun berkawan dgn pelajar tu, lama jgk la berkawan, dia ambil bidang sama dgn bidang aku, hubungan kami semakin rapat, dari kawan hinggalah jd kekasih, kekasih aku ni baik tau, dia belikan aku handphone dan selalu bagi sokongan moral kat aku, tapi lama kelamaan,aku perasan yg dia berubah sikit demi sikit, time aku nak ajar kawan² aku pasal pelajaran, dia memanggil aku,
"Awk tak payah la ajar orang lain, rugi masa je..apa awk dapat klu ajar orang lain?" kata dia..
"Sy dapat pahala dan keberkatan ilmu yg sy belajar la" kata aku dgn spontan, dia memarahi aku, dia ugut aku yg dia akan tinggalkan aku klu aku berdegil utk mengajarkan ilmu kat kawan² aku, kerana cinta dan sayang aku kat dia aku ikutkan jerr... Aku selalu keluar dgn dia, seronok...dia cakap,klu keluar camni boleh tenangkan fikiran, tenangkan diri..aku ikutkan je..sama² keluar makan, tgk wayang, berkaraoke... Qur'an?? Dah lama aku tak baca Qur'an...bahkan aku selalu tertinggal solat fardhu...
Saban hari aku semakin leka dibuai kesenangan dan keseronokan, bangun pukul 6??? Dah tak de dah...subuh pun entah ke mana, satu hari ibu aku datang kat U tempat aku belajar tu, ibu datang, time tu jgk la si dia kesayangan aku datang, aku terus berlari mendapatkan ibuku dan cover diri dari dilihat oleh si dia, malulah aku klu dia nampak ibu aku yg berpakaian biasa jerr..
Aku bersembang ibu kat taman,dia membawa nasi goreng telur mata kegemaranku,
"macam mana dgn pelajaran?" tanya ibu dgn iringan senyuman..
"oh,ok je.." jawab aku secara ringkas,aku terfikir pasal si dia, mesti dia dah tggu aku, nanti dia marah pula, fikir aku..
"emmm, ibu..sy kena pergi ni..td janji dgn kawan nk ajar dia apa yg yg dia tak faham td.." kata aku selamba, aku tau aku dah tipu ibuku, ibu mengizinkan aku pergi, dia bagi nasihat, jgn lupa solat baca Qur'an..ingat kata ibu...aku cuma mengangguk je..
Aku pergi jumpa si dia kesayangan aku...dia agak marah...tapi last² boleh dipujuk juga...
Hari tu aku mengambil ujian...satu soalan pun aku tak faham,apa tidaknya..aku langsung tak dgr apa yg lecturer ajar, aku duk leka main meseg jerr.. bila dapat keputusan...aku dapat keputusan teruk...si dia beri kata semangat..."takpe,ni bukan ujian penting pun" (kata semangat ke ni?) aku just tersenyum...aku dipanggil oleh lecturer aku...
"awk ni budak yg pandai,tapi kenapa keputusan awk kali ni sgt teruk..jgn bergaul dgn orang yg tidak membawa kita ke arah kebaikan" kata lecturer perempuan aku tu..
"Miss tak payah nk ajar sy larr..sy dah besar dah...tau fikir la!" kata aku dgn suara yg agak lantang, nasib baik kat situ tiada pelajar...klu tak kecoh satu kampus aku tengking lecturer..aku terus blah dari situ lepas tengking lecturer aku tu,dia lecturer aku yg paling baik,aku tak patut tengking dia...bila aku cerita kat si dia tersayang, dia cakap betul tindakan aku tu,lecturer kat sini cuma nak tunjuk baik jerr...aku tersenyum bangga..
Satu hari aku tengah makan tengahari dgn si dia,aku berikan dia jam mahal, harga dia dalam ratusan ringgit, mahal tau...cantik..khas utk si dia yg tercinta.. Sedekah?? Rugi la klu aku sedekah, aku pun nk joli jgk...tiap² bulan mesti aku joli duit aku, klu tak cukup, aku minta dari ibu aku, aku tipu r dia,cakap nk beli buku rujukan...
Satu hari tu, hari yg malang dalam hidup aku kot...tgh aku makan tengahari dgn si dia ni...tiba² ibu aku datang, dari jauh aku dah nampak ibu aku tu, aku terus bangun,aku cakap kat si dia yg aku nk ke tandas jap, aku pergi jumpa ibu aku,aku bawa dia kat taman,time tu tak de orang kat situ, cuaca panas sape nk lepak...
"ibu, kenapa datang tak bagitau,sy sibuk ni..." aku cakap dalam keadaan kelam kabut...yelah, mana tidaknya, klu si dia tau habislah aku...
"ibu datang bawa nasi goreng kegemaran kamu," kata ibu sambil menghulurkannya kat aku,time tu aku marah,dgn spontan aku terus ambil nasi goreng tu dan buang kat tepi kerusi tu..ibu terkejut dgn kelakuan aku...dapat dilihat dalam matanya hampir mengalirkan air mata kesedihan,
"sy baru je lepas makan, tak lapar pun, ibu balik la dulu, sy sibuk ni...balik ya.." kata aku dan terus meninggalkan ibu keseorangan, aku nk jumpa balik si dia kat tempat kami makan tadi tapi dia dah tak de, aku pandang belakang, tengok dia kat belakang, aku senyum...
"apa senyum?awk ingat sy tak tau yg mak awk tu miskin, awk ni dari keluarga miskin, eh awk bukan class sy la...klu setakat mak tu bawa nasi goreng je kat awk,sy dah boleh agak dah, awk ni orang miskin kan? Sorry sy tak layan orang macam awk,bukan taste sy!" aku terkejut, aku hampir menangis, dalam bilik aku menangis,sekarang ni aku dah kehilangan Kawan,guru, dan yg paling penting adalah ibu aku yg tersayang,hanya kerana seorang kekasih...
Aku nak pulang jumpa ibu aku, tapi aku rasa malu,malu kerana tidak bangga memiliki ibu yg sangat sayang kat aku, aku lupa apa yg ibu katakan sebelum ni,
kata ibu,hidup biar berkat...biar kekurangan harta asalkan berkat...
Tapi aku,tak nak kekurangan...aku nk dipandang mewah...
nak ilmu yg aku belajar tu berkat, mesti kena hormat cikgu
Tapi aku tengking dan marah cikgu aku sendiri..
KLU NAK ILMU TU BERKAT,KENA LA KONGSI KAT SEMUA ORANG
Tapi aku tak kongsi ilmu yg aku ada...
JGN ANGKUH,SOMBONG NTI ILMU TU KENA TARIK BARU TAW!
Tapi aku angkuh dan sombong...tak nak ajar kawan²
NAK DAPAT TENANG BUKAN DARI HISAP ROKOK ATAU BUAT BENDA YG TAK BERFAEDAH,TAPI DGN SOLAT DAN BACA QUR'AN KITA DAPAT TENANGKAN DIRI
Tapi aku nak tenangkan diri, aku pergi karaoke,tgk wayang,solat pun aku tinggal apatah lagi baca Qur'an..
MULAKAN BERBUAT PERKARA BAIK DGN TGN ATAU KAKI KANAN,DAN DISUDAHI DGN TANGAN ATAU KAKI KIRI
Kanan kiri pun aku dah lupa...
JGN MEMBAZIR...DARI MEMBAZIR ELOK SEDEKAH KAT MASJID..
Aku membazir je,tiap bulan berjoli..
KLU DAH BERUSAHA DAN BERDOA, APA YG NK JADI TU TERSERAH PADA ALLAH,TAWAKAL JE
Aku langsung tak berusaha..
Aku nak berubah,aku nak berubah...kata ibu, berkat tu penting, aku dah hilang semua berkat dalam hidup aku, redha Allah ada pada redha ibu, ibu dah tak redha kat aku dah..bermakna Allah pun tak redha kat aku..lepas ni aku nk jumpa ibu, nk minta ampun,minta maaf...maafkan aku ibu kerana lupa kata² ibu,mulai saat ini aku nk berubah...Insya-Allah

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.