Saturday, May 18, 2013

Ramadhan Al-Mubarak


Ramadhan Al-Mubarak..

Siapa sangka kita yang masih hidup ini masih berpeluang bertemu kembali dengan bulan yang penuh dengan keberkatan. Keberkatan bulan Ramadhan ini diceritakan dalam sabda Baginda SAW yang bermaksud, "Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa"

Begitulah kurnia Allah kepada hamba-hambaNya di bulan yang penuh dengan barakah!

Bulan Ramadhan terbahagi kepada 3 fasa,
1. 10 Malam Pertama Malam Rahmat
2. 10 Malam Kedua Malam Mahfiroh
3. 10 Malam Ketiga Malam Itsfunminannar (Pembebasan dari Api Neraka)

Allah memberi kelebihan kepada hambaNya yang berpuasa di bulan barakah ini. Diantaranya ialah, 
 "Dari Abu Hurairah, Rasululloh Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda : Semua amalan bani adam untuknya kecuali puasa, kerana puasa itu untuk-Ku dan Aku akan membalasnya, puasa adalah perisai, jika salah seorang dari kalian sedang berpuasa janganlah berkata keji dan berteriak-teriak, jika ada yang mencercanya atau memeranginya maka ucapkanlah :Aku sedang berpuasa. Demi zat yang jiwa Muhammad ada di tangan-Nya, sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa lebih wangi di sisi Allah Azza wa Jalla dari pada bau misk, orang yang berpuasa mempunyai dua kegembiraan, jika berbuka mereka gembira, jika bertemu Rabbnya mereka gembira karena puasa yang dilakukannya. (Al-Bukhari dan Muslim)."

Bulan puasa adalah bulan yang baik bagi memulakan 'hidup baru', perokok tegar boleh cuba paksa diri mereka untuk berhenti merokok, yang membuat maksiat boleh cuba mendekatkan diri kepada Allah dan meminta taubat dari Allah SWT, yang selama ini kurang beribadah cuba meningkatkan lagi amalan-amalan seharinya, yang miskin dibantu yang kaya membantu..
Bulan Ramadhan adalah bulan yang paling banyak Nabi SAW bersedekah, menurut satu hadis, Nabi SAW bersedekah pada bulan ramadhan seperti air yang mencurah-curah.
Nabi Muhammad SAW memberi contoh kepada kita betapa pentingnya ibadah bersedekah dan betapa besarnya balasan ganjaran yang diberikan Allah kepada hambaNya yang bersedekah.










Dalam kita mencari kekhilafan diri, marilah kita bersama-sama mengimarahkan rumah-rumah Allah yang selalu kosong dan tidak diimarahan... Adapun ketika bermulanya Ramadhan, ramai umat Islam berpusu-pusu menghadiri masjid bagi menyempurkan ibadah solat sunat terawih, namun begitu tidak ramai yang menghadirkan diri ke rumah-rumah Allah kerana sibuk dengan persiapan raya. Amatlah mengecewakan bahawa 10 malam terakhir adalah malam yang mana dikenali sebagai fasa 3, pembebasan dari Api Neraka.


Marikan kita bersama-sama mendekatkan diri dengan Allah, seteruskan menjadi insan yang berguna kepada Agama kita Islam..

Wallahualam. 

Wednesday, January 23, 2013

Maulidur Rasul

Assalamualaikum... Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1434H/2013

Tanpa kita sedar, Maulidur Rasul menjelma lagi, bagi yang mengingati Maulidur Rasul Alhamdulillah, bagi yang terlupa maka kita ingat-ingatkanlah...

Alhamdulillah, dengan adanya laman sosial, sekurang-kurangnya kita boleh saling ingat mengingati antara satu sama lain, pelbagai post yang saya lihat cukup mengingatkan saya kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW...

Terlanjur saya masukkan entry baru hari ini, saya nak kita sama-sama renung dan hisab diri kita, selama ini, jika dalam sehari berapa banyak kita ingat pada Nabi Muhammad? Usah kita kira bacaan selawat ke atas Nabi Muhammad dalam solat, tetapi kita kira berapa banyak kita ingat pada Rasulullah, sedang kita hanya ketawa, sibuk dengan kerja, lalai kerana hiburan dunia dan sebagainya.
Rasulullah meninggalkan kita, namun Baginda mengingati kita, biarpun saat pemergiannya bertemu kekasih abadi, Baginda masih ingat pada umatnya! Begitu kasih Rasulullah pada kita yang lalai dari mengingat Baginda.

تَرَكْتُ فِيْكُمْ اَمْرَيْنِ مَا اِنْ تَمَسَكْتُمْ بِهِمَا لَنْ تَضِلُّوْا اَبَدَ
كِتَابَ اللهِ وَسُنَّتِى
Ku tinggalkan kepadamu (umat Islam) dua pusaka abadi, apabila kamu berpegang kepadanya
nescaya kamu tidak akan sesat ,iaitu Kitab Allah (Al Quran) dan Sunnahku

Entry kali ini saya tidak mahu menaip panjang-panjang, cukuplah sekadar peringatan bersama..

Daripada Anas bin Malik r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Bagi setiap nabi terdapat doa (yang telah dikabulkan di dunia) untuk umatnya. Tetapi aku telah menyimpan doaku sebagai syafaat untuk umatku pada hari kiamat."
( Riwayat al-Bukhari dan Muslim )

Nak syafaat dari Rasulullah SAW? Jom amalkan berselawat...

Saturday, September 1, 2012

۝ DUNIA PENJARA BAGI MUKMIN DAN SYURGA BAGI KAFIR ۝


Kisah 46


Al-Hafiz Ibn Hajar al-Haitami adalah hakim agung di Mesir pada masanya. Dia sangat dimuliakan sehingga jika ingin pergi ke tempat kerjanya, dia akan menaiki kenderaan yang ditarik oleh kuda-kuda atau keldai-keldai serta siap dengan kawalan.

Suatu hari seorang penjual minyak beragama Yahudi yang berpakaian agak kotor memberhentikan kenderaannya dan bertanya, "Sesungguhnya Nabi kamu bersabda: 'Dunia adalah penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir.' Tuan adalah Hakim Agung, ada pengawal dan penuh kenikmatan, sedangkan aku di dalam azab dan penuh kesengsaraan."

Ibn Hajar menjawab, "Aku dengan nikmat dan kemewahan yang aku rasakan ini jika dibandingkan dengan nikmat syurga adalah penjara. Kamu pula dengan kesengsaraan yang kamu rasakan jika dibandingkan dengan azab neraka adalah syurga."

Seketika itu juga, Yahudi itu berkata, "Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang sebenarnya melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad s.a.w itu adalah pesuruh Allah."

[Imam Ibn Hajar al-Haitami adalah Abu al-Abbas Ahmad bin Muhammad al-Haitami. Murid Syaikh al-Islam Zakaria al-Anshari dan Syihab ad-Din ar-Ramli asy-Syafi'i. Diberi kepercayaan mengajar dan berfatwa ketika umurnya belum sampai 20 tahun. Meninggal pada tahun 973H/974H. Mendapat gelaran Umdah al-Muta'khirin.]