Saturday, May 18, 2013

Ramadhan Al-Mubarak


Ramadhan Al-Mubarak..

Siapa sangka kita yang masih hidup ini masih berpeluang bertemu kembali dengan bulan yang penuh dengan keberkatan. Keberkatan bulan Ramadhan ini diceritakan dalam sabda Baginda SAW yang bermaksud, "Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa"

Begitulah kurnia Allah kepada hamba-hambaNya di bulan yang penuh dengan barakah!

Bulan Ramadhan terbahagi kepada 3 fasa,
1. 10 Malam Pertama Malam Rahmat
2. 10 Malam Kedua Malam Mahfiroh
3. 10 Malam Ketiga Malam Itsfunminannar (Pembebasan dari Api Neraka)

Allah memberi kelebihan kepada hambaNya yang berpuasa di bulan barakah ini. Diantaranya ialah, 
 "Dari Abu Hurairah, Rasululloh Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda : Semua amalan bani adam untuknya kecuali puasa, kerana puasa itu untuk-Ku dan Aku akan membalasnya, puasa adalah perisai, jika salah seorang dari kalian sedang berpuasa janganlah berkata keji dan berteriak-teriak, jika ada yang mencercanya atau memeranginya maka ucapkanlah :Aku sedang berpuasa. Demi zat yang jiwa Muhammad ada di tangan-Nya, sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa lebih wangi di sisi Allah Azza wa Jalla dari pada bau misk, orang yang berpuasa mempunyai dua kegembiraan, jika berbuka mereka gembira, jika bertemu Rabbnya mereka gembira karena puasa yang dilakukannya. (Al-Bukhari dan Muslim)."

Bulan puasa adalah bulan yang baik bagi memulakan 'hidup baru', perokok tegar boleh cuba paksa diri mereka untuk berhenti merokok, yang membuat maksiat boleh cuba mendekatkan diri kepada Allah dan meminta taubat dari Allah SWT, yang selama ini kurang beribadah cuba meningkatkan lagi amalan-amalan seharinya, yang miskin dibantu yang kaya membantu..
Bulan Ramadhan adalah bulan yang paling banyak Nabi SAW bersedekah, menurut satu hadis, Nabi SAW bersedekah pada bulan ramadhan seperti air yang mencurah-curah.
Nabi Muhammad SAW memberi contoh kepada kita betapa pentingnya ibadah bersedekah dan betapa besarnya balasan ganjaran yang diberikan Allah kepada hambaNya yang bersedekah.










Dalam kita mencari kekhilafan diri, marilah kita bersama-sama mengimarahkan rumah-rumah Allah yang selalu kosong dan tidak diimarahan... Adapun ketika bermulanya Ramadhan, ramai umat Islam berpusu-pusu menghadiri masjid bagi menyempurkan ibadah solat sunat terawih, namun begitu tidak ramai yang menghadirkan diri ke rumah-rumah Allah kerana sibuk dengan persiapan raya. Amatlah mengecewakan bahawa 10 malam terakhir adalah malam yang mana dikenali sebagai fasa 3, pembebasan dari Api Neraka.


Marikan kita bersama-sama mendekatkan diri dengan Allah, seteruskan menjadi insan yang berguna kepada Agama kita Islam..

Wallahualam. 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.