Saturday, September 1, 2012

۝ TIP KHUSYUK DALAM SOLAT ۝


Kisah 34


Hatim al-Asham ditanya, "Bagaimana keadaan solatmu?"
Dia menjawab, "Jika waktu solat telah tiba, aku berwuduk dengan sempurna. Selepas itu aku berjalan ke tempat solat yang aku inginkan. Aku duduk disana dan berusaha bersungguh-sungguh menumpukan seluruh anggota tubuhku untuk solat. Kemudian aku berdiri untuk solat. Aku letakkan Kaabah tepat di hadapanku, titian menuju neraka dibawah telapak kakiku, syurga di kananku, neraka di kiriku, Malaikat pencabut nyawa di belakangku dan aku menganggap itulah solatku paling akhir. Aku berdiri mengadap-Nya dengan perasaan yang harap dan takut. Kemudian, aku membaca ayat-ayat al-Quran dengan tartil. Ketika rukuk, aku rendahkan diriku di hadapan Allah. Ketika sujud, aku melakukan dengan khusyuk. Ketika duduk tahiyyat awal, aku letakkan telapak kaki kiriku di bawah punggung dan aku tegakkan kaki kananku dnegan bertumpu kepada ibu jariku. Aku kerjakan semua itu dengan ikhlas. Kemudian, aku tidak tahu, adakah solatku diterima oleh Allah atau tidak."

[Abu Abdur Rahman Hatim bin Alwan, terkenal dengan gelaran al-Asham. Termasuk tokoh ulama besar Khurasan. Dipanggil al-Asham (orang yang tuli) bukan sebab benar-benar tuli tetapi dia pernah berpura-pura tuli untuk menjaga kehormatan orang lain. Meninggal dunia pada 237H (751M)]

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.