Saturday, September 1, 2012

۝ SEMALAM AKU KE MAKKAH ۝


Kisah 28


Muhammad bin Manshur at-Tusi pernah menceritakan tentang pertemuannya dengan Ma'ruf al-Karkhi.
Dia berkata kepada Ma'ruf, "Baru semalam aku bertemu denganmu, tetapi aku tidak melihat goresan luka dimukamu. Bekas lupa apakah ini?"
Ma'ruf menjawab, "Jangan engkau risau dengan sesuatu yang bukan urusanmu. Tanyalah sesuatu yang boleh memberi faedah kepadamu."
Walau bagaimanapun Muhammad bin Mansur terus mendesak, kerana ingin tahu sebabnya, "Demi Allah, Tuhan yang disembah, beritahulah perkara itu kepadaku."
Dengan keadaan terpaksa Ma'ruf berkata, "Malam tadi aku berdoa kepada Allah supaya aku dapat pergi ke Makkah dan melakukan tawaf. Allah memperkenankan doaku. Ketika aku hendak meminum air di telaga zamzam, tiba-tiba aku tergelincir dan mukaku terkena ke telaga zamzam tersebut. Itulah yang menyebabkan luka pada mukaku ini."

[Abu Mahfuzh Ma'ruf bin Fairuz al-Kurkhi (al-Karkhi), seorang tokoh sufi yang selalu menekankan tentang cinta kepada Allah dan menjadikan-Nya sebagai teman, sahabat dan guru di dalam mencari ilmu. Meninggal pada tahun 200H (815M).]

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.