Saturday, September 1, 2012

۝ MEMULIAKAN NAMA ALLAH ۝


Kisah 33


Bisyr bin Harith al-Hafi sebelum bertaubat merupakan pengembara yang berperangai buruk. Suatu hari dalam pengembaraannya, dia berjumpa secarik bertuliskan basmalah terjatuh di tanah dan dipijak oleh sesiapa sahaja yang lalu-lalang di jalan tersebut. Bisyr segera mengambilnya dan membersihkan dan memasukkan kertas ke dalam poket bajunya.

Bisyr pergi ke kedai minyak wangi berharga dua dirham. Selepas meletakkan minyak wangi pada kertas tersebut supaya harum, Bisyr meletakkannya di tempat mulia.

Malam harinya Bisyr bermimpi mendengar satu suara berkata, "Wahai Bisyr, engkau telah mengharumkan nama Allah, maka Dia akan mengharumkan namamu di dunia dan akhirat."

Keesokkan harinya, Bisyr bertaubat dan akhirnya menjadi salah seorang wali Allah yang harum namanya dan tidak pernah pudar keharumannya.

[Bisyr bin al-Harith al-Hafi dilahirkan pada tahun 150H dan meninggal pada tahun 227. Tokoh sufi yang terkenal. Al-Hafi bermaksud orang yang memakai selipar atau kasut kerana sehingga akhir hayatnya dia tidak berkasut.]

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.