Saturday, September 1, 2012

۝ MELUDAH KE ARAH KIBLAT ۝


Kisah 38


Diceritakan bahawa Abu Yazid al-Busthami telah mendengar tentang kemasyhuran seorang guru agama. Rumah guru tersebut agak jauh. Abu Yazid al-Busthami sanggup pergi semata-mata untuk menuntut ilmu daripadanya.

Ketika sampai di rumah guru tersebut, Abu Yazid al-Busthami melihatnya meludah ke arah kiblat. Abu Yazid al-Busthami merubah niatnya tidak jadi menuntut ilmu daripadanya, lalu segera balik semua ke rumahnya.

"Kenapa tuan tiba-tiba sahaja tidak jadi menuntut ilmu daripadanya?" tanya seseorang kepadanya.
"Jika memang dia menuntut ilmu melalui jalan Allah, nescaya dia tidak sanggup melanggar hukum agama (bermakna sheikh tersebut tidak warak dan tidak menjaga hukum-hakam)," Jawabnya.

[Abu Yazid bin Isa bin Syurusan al-Bustami dilahirkan sekitar tahun 200H (813M) di Bustham. Meninggal dunia pada tahun 261H (875M). Seorang tokoh sufi yang terkenal pada abad ketiga Hijrah.]

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.