Saturday, September 1, 2012

۝ LENGAN BAJU KANAN YANG SEMPIT ۝


Kisah 31

Beberapa orang yang dengki kepada Imam Syafi'i mengetahui bahawa dia telah menghantar pakaiannya untuk dijahit oleh seorang tukang jahit.
Mereka datang kepada tukang jahit itu dan cuba untuk menghasutnya. Tukang jahit tersebut akhirnya termakan hasutan mereka itu. Dia menjahit lengan kanan baju Imam Syafi'i dengan agak sempit supaya Imam Syafi'i susah untuk memasukkan tangan kanannya dan mengeluarkannya. Untuk lengan kiri, dia menjahitnya selebar-lebarnya.
Ketiika baju tersebut diserahkan kepada Imam Syafi'i, dia berkata keapda tukang jahit, "Semoga Allah membalas kebaikanmu dengan kebaikan.
Engkau telah menyelesaikan masalah yang kuhadapi. Selama ini jika menulis, lengan baju kananku selalu kotor kerana terkena dakwat. Sekarang kerana engkau telah menjahitnya agak sempit, maka aku tidak perlu lagi menggulung lengan bajuku ke atas dan selamatalh ia dari terkena dakwat. Dengan lengan baju kiri yang lebar ini pula akan menghilangkan kepayahanku membawa kitab. Aku boleh meletakkan kitab-kitabku di dalamnya."

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.