Saturday, September 1, 2012

۝ IMAM AHMAD DAN SEORANG PEKERJA BURUH ۝


Kisah 35


Suatu hari, anak Imam Ahmad menyuruh seorang pekerja buruh untuk mengangkat barang dari pasar ke rumah. Ketika sampai di rumahnya, pekerja buruh tersebut tercium bau roti. Keluarga Imam Ahmad memberikan kepadanya sepotong roti tetapi pekerja buruh tersebut tidak mahu mengambilnya.

Ketika pekerja buruh tersebut meninggalkan rumah Imam Ahmad, dia menyuruh puteranya untuk mengejar dan memberikan roti kepadanya. Ketika ini pekerja buruh itu mahu menerimanya.
Perkara ini menarik perhatian putera Imam Ahmad dan dia pun bertanya kepada ayahnya, " Wahai ayah, mengapa dia mahu menerima roti itu selepas meninggalkan rumah ini sedangkan sebelumnya dia menolaknya?"

"Pekerja buruh itu seorang yang soleh. Dia sedang berpuasa. Ketika mencium bau tersebut, nafsunya menginginkannya. Oleh itu, ketika diberi roti, dia menolaknya. Selepas dia pergi, nafsunya sudah tidak menginginkan roti itu lagi, maka ketika engkau memberikannya, dia pun menerimanya," jawab Imam Ahmad.

[Nama asal Imam Ahmad ialah Ahmad bin Muhammad bin Habal bin Hilal bin Asad al-Marwazi al-Baghdadi. Dia berguru kepada lebih dari 280 ulama, termasuk yang ada di Makkah, Kufah, Basrah, Baghdad, Yaman dan negeri lainnya. Meninggal pada pagi Jumaat, 12 Rabiulawal 241H dalam usia 77 tahun.]

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.