Saturday, September 1, 2012

۝ BERISTIGHFAR SELEPAS MENYEBUT ALHAMDULILLAH ۝


Kisah 37


Sirri as-Saqthi, adalah seorang ahli ibadah dan wali Allah yang masyhur. Selama hidupnya 30 tahun, dia pernah beristighfar, memohon ampun kepada Allah atas kesalahannya mengucapkan 'Alhamdulillah.'

Ketika dia ditanya kenapa dengan menyebut kalimah tahmid yang mulia ini lalu memohon keampunan daripada Allah, dia menjawab, "Pada ketika itu, suatu kebakaran telah berlaku di Bahgdad. Ada seseorang datang kepadaku dan memberitahu bahawa kedaiku tidak terbakar seperti kedai-kedai lain yang musnah dijilat api. Aku lalu mengucapkan 'Alhamdulillah', kerana aku hanya memikirkan kebaikan untuk diriku, bukan untuk orang lain."

[Syeikh as-Sirri as-Siqthi, bapa saudara dan guru kepada Imam Junaid al-Baghdadi. Murid kepada Ma'ruf al-Karkhi. Imam Junaid berkata, "Aku tidak melihat seorang yang lebih hebat ibadahnya dari Sirri." Meninggal pada 257H]

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.