Saturday, September 1, 2012

۝ BERHUTANG UNTUK ORANG LAIN ۝


Kisah 22


Seorang lelaki telah melalui rumah Ibrahim bin Adham tanpa memberi salam kepadanya. Ibrahim bertanya kepada muridnya, "Bukankah ada seseorang telah melintas tadi?"
"Benar," jawab muridnya.
"Kejar dan tanyakan kepadanya kenapa dia tidak memberi salam kepada kita?" minta Ibrahim.
Muridnya segera mengejarnya dan meyampaikan pesanan Ibrahim kepadanya.
Orang itu menjawab, "Isteriku baru sahaja melahirkan anak dan aku tidak memiliki wang walaupun satu dirham. Maka aku keluar rumah seperti orang gila."
Ketika jawapan ini diberitahu kepada Ibrahim, dia berkata, "Innalillah... kita sudah melupakan saudara kita."

Dia dengan segera meminjam dua dinar daripada seseorang. Satu dinar digunakan untuk membeli semua keperluan pakaian dan persalinan dan satu dinar lagi diberikan kepada lelaki tersebut.
Lelaki tersebut membawa pakaian dan persalinan serta satu dinar pemberian Ibrahim ke rumah dan menyerahkan semuanya kepada isterinya.
Isterinya berdoa, "Wahai Allah, mulai hari ini janganlah lupakan Ibrahim..."
Mendengar doa tersebut, Ibrahim bin Adham sangat suka dan belum pernah dilihat Ibrahim bin Adham gembira sebegitu.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.