Kisah 5
Abdullah bin Dinar
berkata, “Suatu hari aku keluar menuju Makkah bersama Umar bin al-Khattab. Kami
berhenti sebentar di tengah perjalanan untuk berehat. Ketika itu, kami melihat
seorang budak kecil sedang turun dari bukit. Dia adalah seorang penggembala
kambing. Ketika bertemu dengannya, Umar berkata, “wahai penggembala, jualkanlah
seekor kepadaku kambing ini.”
Budak itu
menjawab, “Aku hanya penggembala yang menjaga kambing ini. Semuanya ini kepunyaan
tuanku.”
Umar mengujinya,
“Nanti beritahu sahaja kambing ini dimakan oleh serigala.”
Budak itu menjawab
kembali, “Jika itu yang aku katakan nanti, jadi dimana Allah?”
Mendengar jawapan itu, Umar menangis. Kemudian dia menghampiri budak
itu, lalu membeli dan memerdekakannya.
Umar berkata kepadanya, “Kata-kata kamu tadi membebaskan kamu
daripada penghambaan di dunia, semoga nanti di akhirat, kata-kata kamu itu
dapat membebaskan kamu daripada seksa api neraka.”
[Umar bin Khattab bin Nufail bin Abdul Izzi bin Rabah. Dipanggil Abu
Hafash dan mendapat gelaran ‘al-Faruq’ (yang membezakan yang hak dan batil).
Masuk Islam ketika para penganut Islam ketika itu hanya sekitar 40 orang.
Meninggal pada tahun 23H, dalam usia 63 tahun.]
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.