Friday, July 27, 2012

۝ MENGUJI TUHAN ۝


Kisah 2

Ketika Nabi Isa a.s. berdiri atas puncak sebuah gunung, iblis datang kepadanya dan berkata, "Bukankah engkau mengatakan bahawa, jika Allah menghendaki kematian kepada seseorang manusia, pasti ia akan terjadi?"
"Ya, benar sekali," jawab Nabi Isa a.s.
Iblis berkata lagi, "Jika Allah tidak menghendaki?"
"Tidak akan terjadi," jawab Nabi Isa a.s.
Iblis cuba mencabar, "Jika begitu, cuba engkau jatuhkan dirimu dari atas gunung ini. Jika Allah menghendaki kematian kepadamu, nescaya kamu akan mati. Jika Dia tidak menghendaki, pasti kamu akan selamat."

Nabi Isa a.s. menjawab, "Kamu adalah iblis yang jauh daripada rahmat Allah. Hanya Allah yang dapat menguji hamba-Nya, dan bukan hamba yang menguji-Nya!"

-Pengajaran apa yang sahabat dapat? Sila kongsikan bersama :)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.