Saturday, July 28, 2012

۝ KASIH SAYANG ALLAH MELEBIHI KASIH SAYANG IBU ۝



Kisah 6

Sayidina Umar bin al-Khattab menceritakan bahawa, ketika tawanan perang dibawa menghadap Rasulullah s.a.w. dan di antara mereka ada seorang wanita yang menyusukan anaknya dengan erat dan mendakapnya dengan penuh kasih sayang.
Rasulullah s.a.w. berkata, “Apakah kamu fikir perempuan ini akan mencampakkan anaknya ke dalam api neraka?”
Para sahabat menjawab, “Tidak, demi Allah. Dia tidak sanggup mencampakkan anaknya ke dalam api neraka (kerana kasih dan sayang terhadapnya).”
Rasulullah s.a.w. bersabda, “Demi Allah, Dia lebih sayang kepada hamba-Nya yang beriman daripada perempuan ini sayang kepada anaknya.”

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.