Wednesday, April 25, 2012

Tenang...dan cara meraihnya

Hari-hari kita mesti ada masalah yang jadi kat kita tidak kira di rumah, kolej, U, tempat kerja dan sebagainya mungkin juga pasal hubungan kekeluargaan/cinta DLL... Bila dah stress...rasa 'urggghhhhh' gerammmm... betul tak? Marah, kecewa, muka dah bertukar jadi zombie...hehehe...macam-macamlah lagi... Sekarang ni bila stress..pelbagai 'JALAN MUDAH' yang diambil...

1. Merokok
-xtahu la apa kebaikan merokok ni...hurmmm...yang pasti ianya membawa kepada keburukan...

2. Lepak dengan member-member..
-Selalunya keluar berkaraoke dan lepak-lepak 

3. Keluar berjogging
-Yang ini ok...tapi yang mana jalan yang lebih mudah untuk buang stress AKA nak jadi Tenang...

4. Ambil minuman keras
-Ini memang dilarang keras.. sape yang nak cuba minuman keras bagi menghilangkan stress, cuba ambil 1 botol kicap cap kipas udang kat rumah anda dan pukul kepala sendiri kuat-kuat..rasanya itu lebih elok dari meminum arak (ibu maksiat) jangan pukul sampai mati sudah...kang sy gak yang susah...hehe..

5. Bunuh Diri
-Hmmm...ini paling berat...ada 1 tip utk yang berfikiran singkat ni..amik 1 liter minyak petrol...basuh tangan anda dan nyalakan dgn api...kalau anda boleh tahan kepanasan kebakaran tu dgn senyuman sekalipun...anda kena tau Api kat Neraka Allah tu 70x lagi panas...fuuhhh xdapat nak bayangkan..matahari pon kalah..

jadi apakah cara paling mudah untuk rasa tenang dan tidak lagi stress...huh..kan dah cakap...
pokok pangkalnya...
Islam jgk ada penyelesaian kepada semua masalah...
 Very Simple
tak payah kuar duit...
dapat pahala plak tuh...
mendekatkan diri dengan Allah...
(kalau nak hitung benefits, memang penuh la dalam post kali ini)

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan "zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia." Ar Ra'd : 28

"Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu Kitab Suci Al-Quran yang bersamaan isi kandungannya antara satu dengan yang lain (tentang benarnya dan indahnya), yang berulang-ulang (keterangannya, dengan berbagai cara); yang (oleh kerana mendengarnya atau membacanya) kulit badan orang-orang yang takut kepada Tuhan mereka menjadi seram; kemudian kulit badan mereka menjadi lembut serta tenang tenteram hati mereka menerima ajaran dan rahmat Allah. Kitab Suci itulah hidayat petunjuk Allah; Allah memberi hidayat petunjuk dengan Al-Quran itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) dan (ingatlah) sesiapa yang disesatkan Allah (disebabkan pilihannya yang salah), maka tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi hidayat petunjuk kepadanya." Az Zumar : 23

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.