Saturday, April 28, 2012

Harta Aku!

"Eh, kenapa aku nak kena derma pula? Ini harta yang aku usahakan, lain kali belajarlah rajin-rajin dan jangan jadi malas, Allah tidak merubah nasib sesuatu kaum itu kalau kaum itu tidak merubah nasib mereka sendiri,"

"Jangan kau percaya, kadang-kadang mereka ini ada yang dari sindiket, kalau derma sekalipun buat rugi duit sahaja,"

"Kau tengok yang sana tu, orang buta tu, itu mesti sindiket seperti yang diwartakan di media, tidak salah lagi,"

∞ Inilah antara alasan-alasan yang sering kali kita dengari dari individu yang mempunyai pelbagai alasan untuk berderma.. Apa yang sepatutnya kita pegang bukanlah alasan sebegini.. Sekiranya peminta sedekah itu menipu sekalipun, ganjaran pahala daripada Allah tetap ada bergantung kepada KEIKHLASAN hati kita bukan bergantung kepada kebenaran mereka yang meminta sedekah.. Sekiranya benar mereka menipu dengan cara meminta sedekah, tidak mengapalah, sesungguhnya Allah itu Maha Adil Lagi Bijaksana..

❶Mengapa kita perlu sayang pada harta kita yang AMAT SEDIKIT pada pandangan Allah.. Biar saya betulkan disini.. Bukan amat sedikit tetapi dunia serta isinya TIDAK BERNILAI WALAU SEBELAH KEPAK NYAMUK!!

لَوْ كَانَتِ الدُّنْيَا تَعْدِلُ عِنْدَ اللهِ جَنَاحَ بَعُوْضَةٍ مَا سَقَى كَافِرًا مِنْهَا شَرْبَةَ مَاءٍ
“Seandainya dunia punya nilai di sisi Allah walau hanya menyamai nilai sebelah sayap nyamuk, niscaya Allah tidak akan memberi minum kepada orang kafir seteguk airpun.
(HR. At-Tirmidzi no. 2320)


❷Dunia yang kita diami sekarang adalah satu platform yang mana dijadikan Allah untuk menguji dan menilai manusia itu sendiri.. Platform ini akan dihancurkan kelak atas sebab tidak lagi berguna.. Dan Padang Mahsyar akan menjadi tempat yang mengira serta menghitung amalan di muka bumi.. Dan ketika itu barulah manusia sedar bahawa dunia itu tempat yang tidak kekal..

اعْلَمُوا أَنَّمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا لَعِبٌ وَلَهْوٌ وَزِينَةٌ وَتَفَاخُرٌ بَيْنَكُمْ وَتَكَاثُرٌ فِي اْلأَمْوَالِ وَاْلأَوْلاَدِ كَمَثَلِ غَيْثٍ أَعْجَبَ الْكُفَّارَ نَبَاتُهُ ثُمَّ يَهِيْجُ فَتَرَاهُ مُصْفَرًّا ثُمَّ يَكُوْنُ حُطَامًا وَفِي اْلآخِرَةِ عَذَابٌ شَدِيْدٌ وَمَغْفِرَةٌ مِنَ اللهِ وَرِضْوَانٌ وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلاَّ مَتَاعُ الْغُرُوْرِ

“Ketahuilah oleh kalian, sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan sesuatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megahan di antara kalian serta berbangga-banggaan dengan banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang karenanya tumbuh tanam-tanaman yang membuat kagum para petani, kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning lantas menjadi hancur. Dan di akhirat nanti ada adzab yang keras dan ampunan dari Allah serta keredhaan-Nya. Dan kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu.” (Al-Hadid : 20)

❸Manusia ini bersifat tamak haloba, kadangkala hak milik orang lain pun hendak dirampasnya.. Lihatlah apa yang jadi diseluruh dunia.. Penindasan kepada yang lemah.. Dan janganlah kita kedekut dengan harta kita yang kita kadangkala tidak sedar bahawa harta kekayaan itu datangnya daripada Allah.. Ianya pinjaman sementara..

لو أن لابن أدم واديا من ذهب أحب أن يكون له واديان ولن يملأ فاه إلا التراب ويتوب الله على من تاب

Sekiranya anak Adam itu mempunyai satu lembah emas , nescaya ia tentu menginginkan untuk memiliki dua lembah emas dan sama sekali tidak ada yang dapat memenuhi mulutnya (keinginannya) kecuali tanah (iaitu Mati).Dan Allah menerima taubat orang-orang yang bertaubat. (HR Imam Bukhari : 11/216 , 217 dan Muslim : 1049)

Akhir sekali daripada PBM.. Nasihat untuk kita semua.. Janganlah kita mencintai sesuatu yang tidak kekal.. Cintailah Allah dengan sepenuh hati dan cintailah mereka yang lain yang mencintai Allah..

[Saya cinta awak kerana awak CINTA ALLAH]

قُلْ إِن كَانَ آبَاؤُكُمْ وَأَبْنَاؤُكُمْ وَإِخْوَانُكُمْ وَأَزْوَاجُكُمْ وَعَشِيرَتُكُمْ وَأَمْوَالٌ اقْتَرَفْتُمُوهَا وَتِجَارَةٌ تَخْشَوْنَ كَسَادَهَا وَمَسَاكِنُ تَرْضَوْنَهَا أَحَبَّ إِلَيْكُم مِّنَ اللّهِ وَرَسُولِهِ وَجِهَادٍ فِي سَبِيلِهِ فَتَرَبَّصُواْ حَتَّى يَأْتِيَ اللّهُ بِأَمْرِهِ وَاللّهُ لاَ يَهْدِي الْقَوْمَ الْفَاسِقِينَ


Katakanlah (wahai Muhammad): Jika bapa-bapa kamu dan anak-anak kamu dan saudara-saudara kamu dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu dan kaum keluarga kamu dan harta benda yang kamu usahakan dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka). (At Taubah : 24)

∞Share
∞Edit Then Share
∞Buatlah apa-apa sekalipun, anda share.. Saya dapat juga manfaat.. begitu juga anda..

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.