Friday, August 5, 2011

Cerita Aku Dalam Ramadhan

Bermula 1 Ramadhan... Aku bersahur dengan sepinggan nasi dan beberapa gelas air masak...
Seronok juga Ramadhan kembali, tapi seronok sahaja tidak mampu untuk berkata aku akan beramal banyak di bulan Ramadhan.
Semalam aku rasa seronok sangat, selepas berbuka puasa, aku ambil air yang tidak habis dijual oleh Cikgu Along (Tuan rumah tempat tinggal aku) dan sedekahkan pada kawan-kawan aku, pada mulanya niat aku memanglah 9 bungkus air beraneka jenis itu untuk kawan-kawan aku, tetapi sebelum ke tempat kerja, aku singgah ke sebuah stesen minyak, selepas mengisi minyak, aku sedekahkan sebungkus air bandung ais kepada salah seorang attendan pam.
Aku teruskan lagi perjalanan, aku ke rumah kawan-kawan untuk memberikan air yang dibungkus siap untuk mereka, Razif dan Amin mengambil 2 bungkus air jagung ais dan sebungkus soya ais, aku berlalu untuk ke kilang, dalam perjalanan ke kilang, aku memberhentikan motosikal dan memberikan sebungkus air laici ais untuk budak-budak yang ada disitu. Aku terus ke kilang, sampai di kilang, semua kawan-kawan seagama dengan aku sudah tiada di kilang, jadi air yang banyak lagi lebih aku sedekahkan pada kawan-kawan aku yang beragama selain dari Islam. Penat sikit itu memanglah ada, tapi aku rasa sungguh puas dan berbaloi... Rasa puas bersedekah itu tidak dapat saya rakamkan di ruangan ini, kepuasan itu seperti banyak ruang untuk saya bernafas, rasa lapang.
Aku kongsikan amalan yang aku buat ini bukanlah hendak menunjuk-nunjuk, tapi sekadar perkongsian yang mungkin boleh dijadikan pengajaran untuk sahabat yang lain. Sentiasalah berfikiran positif dan bersangka baik, sekiranya ini dikatakan menunjuk-nunjuk, apa anda semua hendak kata pada Khalifah Abu Bakar As-Siddiq yang mana sudah bersedekah semua harta bendanya ke jalan Allah dihadapan sahabat-sahabatnya yang lain bagi menunjukkan contoh tauladan yang sepatutnya sehinggakan tiada apa-apa lagi harta pada dirinya kecuali Allah dan Rasul... Wallahualam..

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.