Thursday, May 19, 2011

________ VS Kebenaran




Sabda Rasulullah SAW: "Tanda orang munafik ada tiga: jika berbicara dia dusta, jika berjanji dia ingkar, dan jika dipercaya (diberi amanat) dia berkhianat." (HR. Bukhari Muslim)

Zaman sekarang yang mana lebih penting? 
  • Kemuliaan atau Kebenaran? 
  • Kekayaan atau Kebenaran? 
  • Kekuasaan atau Kebenaran?

Jika kita melihat menggunakan 'mata akal', kita mesti dapat melihat secara luas akan keadaan dunia dan negara kita khususnya. Apa yang berlaku di dunia saat ini? Apa yang berlaku di negara ketika ini? Hari ini saya bawakan untuk kita semua satu pemikiran segi agama dan logik dunia, agar yang sudah celik mata hatinya menerima dengan cara agama, dan yang buta hatinya menerima dengan cara logik dunia...

Kenapa saya cakap yang semata-mata menerima perkara yang logik itu buta hati mereka?
Ini jawapan saya...

إِنَّ فِى خَلۡقِ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِ وَٱخۡتِلَـٰفِ ٱلَّيۡلِ وَٱلنَّہَارِ لَأَيَـٰتٍ۬ لِّأُوْلِى ٱلۡأَلۡبَـٰبِ
Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal.(Ali-Imran 190)

Sekarang ini, manusia lebih mempercayai 'bukti' lebih dari kebenaran yang manusia sendiri tidak tahu... Sebab itulah ayat ini diturunkan, bagi menerangkan kepada orang kafir, hanya orang yang benar-benar berakal sahaja akan mengerti kenapa alam ini berlaku...

Mari kita lihat antara kemuliaan (yang palsu) dengan kebenaran...

- Mereka ini sebenarnya pura-pura baik, supaya orang sekeliling memandang mulia kepadanya sedangkan itu dusta. Mereka inilah golongan munafik. Dan akan diazabkan dalam api neraka di akhirat  kelak.


Apakah keburukan mengamalkannya dari segi Islam? 

“Dan di antara manusia ada orang yang tutur katanya mengenai hal kehidupan dunia, menyebabkan engkau tertarik hati (mendengarnya), dan ia (bersumpah dengan mengatakan bahawa) Allah menjadi saksi atas apa yang ada dalam hatinya, padahal ia adalah orang yang amat keras permusuhannya (kepadamu).

Dan apabila dikatakan kepadanya: Bertakwalah engkau kepada Allah timbullah kesombongannya dengan (meneruskan) dosa (yang dilakukannya itu). Oleh itu padanlah ia (menerima balasan azab) neraka jahanam dan demi sesungguhnya, (neraka jahanam itu) adalah seburuk-buruk tempat tinggal. “(al-Baqarah: 204-206)

- Dari segi logik di dunia
Apakah keburukan mengamalkan perkara terkeji ini?

Dengarlah wahai orang yang tidak percaya kepada seksaan Allah, wahai orang yang jahil. Apabila sampai satu saat, rahsia kamu sudah terbongkar, maka orang sekeliling akan mengeji kamu lebih dari mereka memuliakan kamu. Dan ketika itu, kamu pergilah mengadu kepada orang lain selain daripada Allah, pasti orang lain susah menerima dan memaafkan kamu kembali sedangkan Allah itu Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang...

Sebab itulah kita harus meminta daripada Allah di setiap ketika.



Bagaimana pula kekayaan mengatasi kebenaran?

Dari segi Islam, Allah tidak redha dan haram baginya memakan harta itu. Kekayaan itu berpunca dari dusta, maka haramlah harta itu.

 "Wahai orang yang beriman! Makanlah dari rezeki yang baik yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu beribadat kepada-Nya." (al Baqarah:172)

Akibatnya... Doa tidak diterima, tidak diredhai Allah, dan api nerakalah layak baginya.
Jadi bertaubatlah, dan jagalah menipu harta orang lain. Jika kita lihat sekarang, ramai orang yang bijak pandai menggunakan akal mereka untuk menipu orang lain. Hanya kerana KEKAYAAN...

Dari segi logik.

Mereka ini akan dibenci oleh orang lain, dan semestinya tidak akan mendapat kepercayaan daripada  orang sekelilingnya. Mereka ini akan dicemuh, dihina, tidak dihormati. Tetapi, zaman sekarang lebih teruk, mereka ini ada yang diangkat, diagungkan, dihormati, hanya kerana KEKAYAAN! Kekayaan dunia yang sementara.

Kita lihat pula kekuasaan lawan kebenaran.

- Kekuasaan ini luas, sangat luas...
Mari kita lihat kekuasaan pemerintah, contoh ini lebih senang. Mereka ini menggunakan kuasa yang diamanahkan sewenang-wenangnya. Berkata dusta, berat sebelah, penindasan, dan sebagainya. 

-Akibatnya dari segi Islam , mereka ini akan dipersoal akan kuasa yang digunakannya. Apakah ia jalan yang baik? Jika mereka ini menyalahgunakan kuasa yang rakyat amanahkan,  mereka ini akan diazab oleh Allah di dalam api neraka. 

Hadis Ma'qil bin Yasar r.a: Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang ditaklifkan oleh Allah untuk memimpin rakyatnya lalu mati dalam keadaan menipu rakyat, nescaya Allah mengharamkan ke atasnya Syurga.

- Dari segi logik.
Mereka ini akan jatuh pangkatnya apabila pecah tembelangnya, sesudah itu mereka ini berkemungkinan akan dihumban ke dalam penjara kerana salahguna kuasa. Tetapi, mereka ini ada juga yang disokong oleh 'sahabat-sahabat'nya, dan ada juga yang mengangkat darjat mereka yang dikutuk oleh Allah.

Kesimpulannya disini, Kemuliaan, Kekayaan, dan Kekuasaan ada pada pemimpin... Dan kitalah pemimpin negara ini di masa hadapan. Jadi, mari kita perbetulkan diri kita sekarang. Di dunia boleh bersenang lenang dengan penipuan ini, sesungguhnya di akhirat nanti barulah kita tahu bahawa kita menzalimi diri kita sendiri...

Ketahuilah bahawa bukti itu tidak penting, tetapi kebenaran adalah lebih penting. Dan kebenaran memerlukan kepercayaan. Perlunya kita memberi kepercayaan kepada kebenaran. Sebab itulah kita perlu percaya dengan adanya Allah, kekuasaanNya, adalah Malaikat, Neraka, Syurga, padahal tiada bukti kukuh menunjukkan benda ghaib itu wujud, walaupun ia sebenarnya wujud. Tetapi Allah sahajalah yang mengatur kehidupan kita ini. Kerana itu, bukti tidak penting.... Dan percayalah bahawa janji Allah itu benar.

Janganlah kita menjadikan sesuatu yang lain lebih tinggi dari kebenaran, Dan Islam adalah Agama Yang Benar!

Wallahu'alam...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.