Monday, April 11, 2011

Ungkapan Emas Imam Hasan Al-Bana



  • Perbaikilah dirimu di samping kamu menyeru seseorang ke arah kebaikan.
  • Kita akan memerangi manusia dengan senjata kasih sayang.
  • Sesungguhnya kebahagiaan itu adalah impian yang diimpi-impikan oleh sekalian manusia.
    Oleh demikian, ianya terletak pada ketulusan hati sanubari mereka sendiri, dan ianya tidak datang dari luar hati mereka sekali-kali.
  • Sesungguhnya ummah yang sentiasa menyempurnakan amalan di dalam persediaannya untuk mati dan mereka tahu bagaimana cara yang paling baik untuk mati sebagai seorang yang mulia. Maka mereka itu mencagarkan kepada Allah akan kehidupan dunia yang amat disayanginya itu serta mengharapkan kenikmatan kekal abadi di akhirat kelak. Dan tidaklah perasaan al-Wahn yang menimpa diri kita melainkan ianya berpunca dari kecintaan terhadap duniawi serta bencikan kematian. Oleh itu hendaklah kamu mempersiapkan diri kamu dengan amalan mulia kamu ini (mati syahid), serta hendaklah kamu berasa hamba terhadap kesyahidan itu. Nescaya ia akan memberi kepada kamu kemuncak kehidupan yang sebenar-benarnya. (hidup di alam akhirat nanti)
  • Ketahuilah olehmu bahawa kematian itu adalah satu perkara yang pasti dan ianya hanya berlaku sekali sahaja. Jika kamu jadikan ia (kematian) itu dijalan Allah, maka ia adalah keuntungan di dunia serta ganjarannya di akhirat. Dan apa yang menimpa kamu, itu semua adalah ketentuan yang telah ditentukan oleh Allah bagi kamu.
  • Ketahuilah olehmu bahawa untuk mencapai kematian yang mulia itu, kamu terpaksa mengorbankan kesenangan dunia ini. Maka Allah akan memberikannya (syahid) kepadamu, sekiranya kamu merebut kemuliaan syahid di jalanNya.
  • Hindarilah kamu dari sifat cepat berputus asa, kerana berputus asa itu bukanlah dari akhlak orang Islam. Dan hakikat kehidupan hari ini, adalah mimpi bagi yang kelmarin, dan mimpi yang hari ini adalah hakikat bagi hari  esok, selagi mana waktu masih lagi lapang, selagi masih ada anasir-anasir kekuatan bagi jatidiri anak bangsamu yang Mukmin, sekalipun disana masih wujud anasir-anasir kezaliman yang melakukan kerosakan. Ini kerana tidak selama-lamanya golongan yang lemah itu lemah buat selama-lamanya dan tidak pula selama-lamanya orang yang kuat itu kuat buat selama-lamanya.
  • Kekanglah rontaan hawa nafsumu dengan pandangan akal fikiranmu, dan terangilah akal fikiranmu dengan nyalaan naluri kamu dan selongkarilah hakikat kebenaran di alam khayalan kamu yang diibaratkan seperti kilatan kilat yang menyambar (ayat Al-Qur'an : wala tamiilu kulla mailu illa kal mua'llaqoh). Dan janganlah kamu melawan arus kehidupan, nescaya kamu akan tewas. Tetapi kuasailah ia, dan ubahkan ia ke arah jalan yang betul, disamping kamu meminta pertolongan didalam menghadapinya dengan setengah yang lain. Dan perhatikanlah akan saat kemenangan itu kerana ia tidaklah jauh darimu.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.