Wednesday, April 13, 2011

Syurga

إِنَّالَّذِينَآمَنُواوَعَمِلُواالصَّالِحَاتِكَانَتْلَهُمْجَنَّاتُالْفِرْدَوْسِنُزُلًا
 Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal saleh, bagi mereka adalah syurga Firdaus menjadi tempat tinggal. (Al-Kahfi 107)


Syurga mempunyai 8 tingkat
1. Firdaus
2. Syurga ‘Adn
3. Syurga Na’iim
4. Syurga Na’wa
5. Syurga Darussalaam
6. Daarul Muaqaamah
7. Al-Muqqamul Amin
8. Syurga Khuldi



إِنَّالَّذِينَآمَنُواوَعَمِلُواالصَّالِحَاتِلَهُمْجَنَّاتُالنَّعِيمِ
Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal saleh, bagi mereka syurga-syurga yang penuh kenikmatan, (Luqman 8)

Syurga merupakan tempat dimana semua nikmat terkumpul dan ianya kekal.
Kita sedia maklum bahawa datuk nenek kita iaitu Nabi Adam a.s. dan Hawa  merupakan manusia pertama diciptakan Allah dan yang pertama tinggal di Syurga.

إِنَّالشَّيْطَانَلَكُمْعَدُوٌّفَاتَّخِذُوهُعَدُوًّاإِنَّمَايَدْعُوحِزْبَهُلِيَكُونُوامِنْأَصْحَابِالسَّعِيرِ
Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh bagimu, maka anggaplah ia musuh (mu), karena sesungguhnya syaitan-syaitan itu hanya mengajak golongannya supaya mereka menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala. (Faathir 6)

Setelah tipu daya Iblis Laknatullah berhasil, Nabi Adam a.s. dan Hawa dibuang ke dunia bagi permulaan baru kehidupan di dunia.

فَإِذَامَسَّالْإِنسَانَضُرٌّدَعَانَاثُمَّ إِذَاخَوَّلْنَاهُنِعْمَةًمِّنَّاقَالَإِنَّمَاأُوتِيتُهُعَلَى عِلْمٍبَلْ هِيَفِتْنَةٌوَلَكِنَّأَكْثَرَهُمْلَايَعْلَمُونَ
Maka apabila manusia ditimpa bahaya ia menyeru Kami, kemudian apabila Kami berikan kepadanya nikmat dari Kami ia berkata:` Sesungguhnya aku diberi nikmat itu hanyalah karena kepintaranku `. Sebenarnya itu adalah ujian, tetapi kebanyakan mereka itu tidak mengetahui. (Az-Zumar 49)


Allah memberi ganjaran SyurgaNya bagi yang Dia kehendaki. Allah memberi ujian untuk melihat sejauh mana tahap kesabaran dan iman hambaNya itu.

Jadi bagaimanakah untuk memasuki Syurga Allah?
Berpegang pada Allah dan RasulNya (Al-Qur'an dan Sunnah) maka dengan itu adakah Allah memberi ganjaran Syurga?

وَعْدَاللَّهِ لَايُخْلِفُاللَّهُوَعْدَهُوَلَكِنَّأَكْثَرَالنَّاسِلَا يَعْلَمُونَ
 (sebagai) janji yang sebenar-benarnya dari Allah. Allah tidak akan menyalahi janji-Nya, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. (Ar-Rum 6)

Janji Allah itu benar, sekiranya kita mengikut Al-Qur'an dan Sunnah, Allah akan menyediakan Syurga kepada kita.

Persoalannya, adakah kerana amal yang kita perbuat di dunia akan mendapat balasan Syurga?
Dan jawapannya adalah tidak, Allah tidak memasukkan hambaNya ke dalam Syurga hanya kerana amal hambaNya itu.

يُبَشِّرُهُمْرَبُّهُمبِرَحْمَةٍمِّنْهُوَرِضْوَانٍوَجَنَّاتٍلَّهُمْفِيهَانَعِيمٌمُّقِيمٌ
Tuhan mereka menggembirakan mereka dengan memberikan rahmat daripada-Nya, keredhaan dan syurga, mereka memperoleh di dalamnya kesenangan yang kekal, (At-Taubah 21)

Hal ini dibuktikan melalui satu kisah dimana seorang hamba Allah yang kuat beribadat kepada Allah dalam hidupnya.

Diceritakan, hamba Allah ini tinggal di dalam sebuah gua, meminum air dari titisan batu-batu gua, dan makanannya pula dari pohon delima yang berbuah sebiji sehari. Dia melakukan ibadat tanpa henti dan tidak sesekali melanggar perintah Allah. Selama 800 tahun (mengikut sesetengah pendapat, mereka tidak tahu lama tempoh yang sebenarnya) dia beribadat bersujud kepada Allah, dan dia juga berdoa agar dia mati dalam keadaan sujud kepada Allah dan diperkenankan. Apabila di akhirat, dia meminta balasan dari Allah, "Wahai Tuhan (Allah), berikanlah aku SyurgaMu kerana amalan aku di dunia dahulu,"
Setelah mendengar hal itu Allah memerintahkan Malaikat menghitung amalan hambaNya itu, apabila dihitung, amalan yang lama itu tidak mampu membayar "harga" sebiji mata inikan pula Syurga Allah...
Maka hamba Allah itu menyesal dan berserah kepada Allah dan Allah memasukkan hambaNya itu dengan REDHA Allah....

Jika hanya bergantung kepada amalan yang kita buat di dunia ini,  tidak layak kita untuk memasuki Syurga Allah... Kita hanya bergantung kepada Redha dan Rahmat dari Allah...
Tetapi Allah menjanjikan Syurga bagi yang mengerjakan  tuntutan agama.
Pun begitu, kita tidak layak untuk meminta Syurga atas apa yang kita kerjakan. Ini kerana apa yang kita kerjakan sepatutnya ikhlas untuk mendapatkan keredhaan Allah...

Syurga itu tempat yang didamba oleh semua hamba Allah, yang beriman atau yang tidak beriman kepada Allah SWT... Namun ada juga hamba Allah yang melakukan amalan di dunia bukan kerana Syurga... Tetapi kerana Redha dan rasa berterima kasih kepada Allah semata-mata...

Sekilas pandang, susah bagi seseorang itu mendapat keredhaan Allah,  tetapi bila difikirkan balik, bukankah keredhaan Allah itu terletak pada keredhaan ibubapa terhadap kita...

Tanpa kita sedari, kebanyakan dari kita mengejar amalan bukan semata-mata mengharapkan Redha Allah, tetapi bagi mendapat balasan yang baik di Akhirat kelak...
Itu tidak salah, tetapi... Redha Allah itu lebih bernilai dari apa yang ada di alam ciptaanNya...
Kecapilah Redha dari Allah SWT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.