Thursday, April 14, 2011

Solat Itu Tiang Agama



يَاأَيُّهَاالَّذِينَآمَنُواْإِذَا قُمْتُمْإِلَىالصَّلاةِفاغْسِلُواْوُجُوهَكُمْوَأَيْدِيَكُمْإِلَىالْمَرَافِقِوَامْسَحُواْبِرُؤُوسِكُمْوَأَرْجُلَكُمْإِلَىالْكَعْبَينِوَإِنكُنتُمْجُنُبًافَاطَّهَّرُواْوَإِنكُنتُم مَّرْضَىأَوْ عَلَىسَفَرٍ أَوْجَاء أَحَدٌ مَّنكُممِّنَالْغَائِطِأَوْلاَمَسْتُمُالنِّسَاءفَلَمْتَجِدُواْمَاء فَتَيَمَّمُواْصَعِيدًاطَيِّبًافَامْسَحُواْبِوُجُوهِكُمْوَأَيْدِيكُممِّنْهُ مَايُرِيدُاللّهُلِيَجْعَلَعَلَيْكُم مِّنْحَرَجٍوَلَكِنيُرِيدُلِيُطَهَّرَكُمْوَلِيُتِمَّنِعْمَتَهُعَلَيْكُمْ لَعَلَّكُمْتَشْكُرُونَ


Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan shalat, maka 
basuhlah mukamu 
dan tanganmu sampai dengan siku, dan sapulah kepalamu dan 

(basuh) kakimu sampai dengan 
kedua mata kaki, dan jika kamu junub maka mandilah, 

dan jika kamu sakit atau dalam 
perjalanan atau kembali dari tempat buang air (kakus) 

atau menyentuh perempuan, 
lalu kamu tidak memperoleh air, maka bertayammumlah 

dengan tanah yang baik (bersih): 
Sapulah mukamu dan tanganmu dengan tanah itu. 

Allah tidak hendak menyulitkan kamu, 
tetapi Dia hendak membersihkan kamu dan 

menyempurnakan nikmat-Nya bagimu, supaya kamu 
bersyukur.

____________________________________________________________________

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat ialah sembahyang (solat) seseorang, jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah ia. Sekiranya terkurang dari sembahyang fardhunya sesuatu, Allah berfirman:” Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya?” Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain. ”

Riwayat at-Tirmidzi


Solat membantu pengamalnya menangkis dari berbuat maksiat kepada Allah.
Orang yang mendirikan solat diberi ketenangan (sakinah), sinar cahaya dan seri pada wajah pengamalnya. Allah juga menerima taubat dan doa orang yang bersolat. Amalan yang diamalkan juga mendapat ganjaran pahala dan tidak sia-sia.

Marilah kita menunaikan kewajipan ini, kekuatan umat Islam terletak pada solat, sekiranya umat Islam tidak solat, maka lemahlah umat kita ini.
Bagi orang yang bersolat, semua pekerjaan mereka akan mendapat rahmat dari Allah, rezki menjadi berkat dan hidup diredhai Allah SWT.

يَاأَيُّهَاالَّذِينَآمَنُواْاسْتَعِينُواْبِالصَّبْرِوَالصَّلاَةِإِنَّ اللّهَمَعَالصَّابِرِينَ
Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu,
sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.


Kelebihan Mendirikan solat.


Dunia
-Muka berseri-seri.
-Diluaskan rezki. (yang halal)
-Mendapat ketenangan. (sakinah)
-Peroleh keberkatan mengerjakan sesuatu.
-Dipandang mulia.
-Didoakan kesejahteraan oleh malaikat.
-Suasana rumah menjadi damai.


Dari Jabir r.a katanya, Rasulullah SAW bersabda:”Apabila kamu telah menunaikan solat (wajib) di masjid, maka kerjakanlah pula solat (sunat) di rumah kerana dengan itu Allah akan menjadikan rumah itu bahagia.” 

 
(al-Bukhari)



Kubur
-Dilapangkan kuburnya.
-Diterangkan kuburnya.
-Dipermudahkan menjawab pertanyaan Munkar dan Nakir.
-Mendapat wangian Syurga.
-Kubur menjadi taman-taman Syurga.


Akhirat
-Diangkat darjatnya.
-Dipermudah perjalanan menuju Syurga.
-Dimuliakan oleh Allah.
-Mendapat buku amalan pada tangan kanan.
-Tidak merasa panas walaupun matahari sejengka diatas kepala.


___________________________________________________________
Keburukan meninggalkan Solat


Dunia
-Disempitkan rezki.
-Tiada cahaya dan seri wajah.
-Dijauhkan kesihatan dan kekuatan.
-Dijauhkan ketenangan darinya.
-Tidak mendapat berkat dari usahanya.
-Tidak mendapat ganjaran pahala dari amalan baiknya.
-Tidak mendapat rahmat Allah.


Kubur
-Disempitkan kuburnya sehingga bertemu kedua tulang rusuknya antara satu sama lain.
-Digelapkan kuburnya.
-Kuburnya dari lubang-lubang Neraka.
-Tidak dapat menjawab soalan Munkar dan Nakir.
-Kubur menjadi tempat kala, ular, dan haiwan berbisa.


Akhirat
-Tidak mendapat naungan Allah.
-Diberi buku amalan pada tangan kiri.
-Tidak mendapat kemuliaan dari Allah.
-Susah untuk meniti titian.
-Panas sehingga peluh mengalir ke kaki kerana matahari sejengka di atas kepala.




Sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya: “Sesiapa yang lupa akan sesuatu solat, maka hendaklah ia mengerjakan solat itu jika ia telah mengingatinya, tiada tebusan lain untuk solat itu kecuali solat yang dilupakannya, sesuai dengan firman Allah yang maksudnya:” Dan dirikanlah solat untuk mengingati-Ku.”

Riwayat al-Bukhari




Dari Ubai bin Kaab r.a katanya:”Ada seorang lelaki yang setahuku dialah yang paling jauh tempat tinggalnya dari masjid. Walaupun begitu dia tidak pernah ketinggalan bersolat jamaah. Kata orang kepadanya:”Alangkah baiknya jika kamu membeli seekor keldai untuk tunggangan kamu di malam gelap atau di panas terik.” Dia menjawab:”Aku tidak suka tinggal berdekatan dengan masjid kerana aku ingin supaya setiap langkahku pergi dan pulang dari masjid ditulis Allah pahalanya bagiku.” Sabda Rasulullah SAW :”Allah mengumpulkan pahala semuanya itu bagi mu.”

(Muslim)

_________________________________________________________________

Solat itu tiang agama...
Sesiapa yang mendirikan solat, maka dia telah mendirikan agamanya, dan sesiapa yang meninggalkan solat, maka dia telah meruntuhkan agamanya.

Solat adalah amalan pertama yang dihisab di Akhirat kelak.
Solat akan membantu pengamalnya di dunia dan di Akhirat.
Bagi yang bersolat, Allah mencurahkan rahmat kepada mereka. Pengamalnya juga mendapat ketenangan (sakinah) dan diberkati Allah sepanjang masa.

"Solat itu membezakan antara orang  Islam dan kafir."
Maka tidak hairanlah ramai yang menjadi "kafir" di negara kita ini.
Mereka ini tidak sedar bahawa solat adalah penting dan itulah yang akan menyelamatkan mereka dari seksa Api Neraka.
Solat itu seperti penggerak amalan, sekiranya amalan lain dilakukan tetapi tidak solat, maka sia-sia sahajalah amalannya itu. Seperti mangkuk yang menadah air, itulah solat. Tidak ada mangkuk (solat) yang boleh menadah air (amalan) itu.

Allah tidak menurunkan ibadat solat melalui Jibril a.s. tetapi ia melalui Allah sendiri, dapat kita lihat disini  betapa pentingnya ibadat solat itu sehingga Allah tidak memerintahkan Jibril a.s. untuk menjadi perantaraan.
Solat 5 waktu sehari semalam ini memberikan impak yang baik dari pelbagai bentuk, contohnya kesihatan. Jika dilihat dari sudut sains, pergerakkan solat seperti senaman. Ruku' membaiki dan membentuk tulang belakang yang sihat. Di dalam sujud pula, darah mengalir  100% mengalir dalam otak pengamalnya, ini membolehkan seluruh bahagian otak mendapat oksigen yang secukupnya. Para ahli sains barat pada mulanya menyangka oksigen dihantar ke otak melalui darah dengan menyeluruh ke semua bahagian otak manusia, selepas mengkaji tentang rahsia mengerjakan solat, mereka terkejut kerana dapat tahu bahawa satu saluran dalam otak manusia tidak mendapat oksigen, darah akan mengalir pada saluran itu apabila orang Islam bersujud kepada Allah.
Dan sekiranya solat berjemaah,tubuh akan menjadi bertambah segar kerana apabila makmun merapatkan bahu serta kaki mereka dengan makmun yang lain, ion-ion positif dan negatif mengalir secara aktif.

HASIL kajian Jabatan Kejuruteraan Biomedikal Universiti Malaya mendapati setiap gerakan solat mempunyai manfaat tersendiri yang mampu meningkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh.

Berita Minggu mendapatkan pandangan setiap pengkaji mengenai hasil kajian masing-masing.

Profesor Dr Wan Abu Bakar Wan Abas - Aktiviti Otot

Beliau yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana otot menjadi lebih kuat apabila selalu digunakan.

Katanya, hasil kajian mendapati solat yang membabitkan gerakan tubuh seperti berdiri, tunduk dan bongkok menyamai senaman ringan.

“Kebanyakan otot serta sendi bergerak ketika solat. Umat Islam beruntung kerana solat yang wajib dilakukan setiap hari menyamai aktiviti senaman dan regangan yang memperkuatkan sistem otot dan fizikal tubuh,” katanya.

Malah, katanya solat sama seperti terapi fizikal yang jika dilakukan secara berterusan dan betul menghasilkan kesan positif terhadap tubuh.

Beliau berkata, kajian lebih teliti sedang dilakukan untuk mengenap pasti otot yang aktif ketika solat.

Ng Siew Chok - Isyarat Otak

Beliau berkata, perubahan kimia berlaku apabila otak aktif. Proses kimia yang menyebabkan pergerakan ion atau atom membawa cas elektrik boleh diukur menggunakan elektrod yang diletakkan pada kulit kepala. Sejenis alat, iaitu EEG (Electroencephalography) digunakan untuk mengukur isyarat otak daripada aktiviti elektrik.

“Gelombang otak mempunyai beberapa frekuensi irama yang dipengaruhi oleh keadaan fizikal dan emosi. Jenis gelombang otak Alfa (8-13 Hz) menunjukkan keadaan tenang,” katanya

Walaupun bukan Islam, Siew Chok kagum terhadap hasil kajian yang dilakukannya apabila mendapati keadaan dan pemikiran orang selepas bersolat tenang dan menyamai keadaan selepas bangun tidur.

“Ada fenomena menarik dalam solat, iaitu keadaan berdiri seketika sebelum sujud sebagai peringkat paling tenang ketika bersolat. Saya bukan Islam dan diberitahu bahawa keadaan itu adalah tamakninah,” katanya.

Ketika itu, katanya isyarat alfa meningkat secara mendadak yang menunjukkan seseorang itu berada dalam keadaan tenang.

Siew Chok berkata, solat juga meningkatkan penumpuan terhadap sesuatu perkara dan memperkuatkan kuasa otak.

Sehubungan itu, katanya solat membolehkan seseorang itu menyediakan otak untuk lebih bersedia terhadap sesuatu cabaran yang perlu dihadapinya dalam aktiviti harian.

Dr Fatimah Ibrahim - Komposisi Tubuh

Beliau berkata, komposisi tubuh mengandungi empat komponen utama, iaitu tisu aktif, tisu tulang, komponen air dan lemak.

Beliau berkata, ada beberapa kaedah untuk mengukur komposisi tubuh, tetapi kajian itu menggunakan Analisis Penyepadanan Bio yang menghasilkan keputusan tepat, pantas dan selamat, berbanding pengambilan darah.

“Teknik ini tidak digunakan secara meluas di hospital negara ini, tetapi di Amerika Syarikat, teknik ini digunakan untuk menilai status penyakit seperti Aids, diabetes, demam denggi dan pelbagai penyakit kritikal lain,” katanya.

Dalam kajian ini, katanya model untuk mendapatkan komposisi tubuh terbaik adalah dengan melakukan lima perkara, iaitu solat lima kali sehari, memahami maksud bacaan dalam solat, solat berjemaah, rukuk dengan betul (90 darjah) dan melentikkan jari kaki ketika duduk antara sujud dan tahyat akhir.

Dr Fatimah berkata, orang yang tidak melakukan lima perkara ini mempunyai komposisi tubuh yang kurang baik.

Katanya, kajian mendapati secara keseluruhan orang yang solat berjemaah mempunyai kesihatan lebih baik berbanding yang bersolat secara bersendirian.

“Kita mendapati apabila berjemaah, orang yang melakukan solat bersentuh bahu ke bahu. Tubuh manusia seperti bateri. Ketika bersolat, cas tubuh manusia mengalir seperti dalam litar dan akhirnya meneutralkan cas tubuh.

“Sebelum solat, ada orang yang penat dan ada yang tidak penat. Ketika solat, orang yang tidak penat dan mempunyai cas positif akan mengalirkan cas positif kepada orang yang letih dan mempunyai cas negatif,” katanya.

Katanya, ini yang menyebabkan orang yang bersolat jemaah mempunyai badan bertenaga dan lebih tenang.

Dr Fatimah berkata, solat tarawih dan berpuasa juga memberi kebaikan dan ini terbukti berdasarkan kajian yang dilakukan.

Sebelum Ramadan bermula, katanya komposisi badan diukur dan selepas 21 hari berpuasa, komposisi tubuh yang diukur semula mendapati keadaan tubuh sihat seperti kolesterol rendah akibat kadar pembakaran lemak yang meningkat serta paras glukos rendah.

Selain itu, katanya posisi tubuh (posture) dalam solat dapat mengubat sakit pinggang. Malah jika berjumpa doktor, pesakit disuruh melakukan senaman seperti berdiri dan membongkokkan tubuh yang menyamai gerakan solat.

Beliau berkata, keputusan positif itu adalah berdasarkan ukuran saintifik dengan meletakkan beberapa sensor (pengesan) di tulang belakang pesakit untuk melihat isyarat otot.

Katanya, hasil kajian mendapati pesakit yang mengikuti terapi solat selama sebulan, iaitu dengan membuat rukuk 90 darjah, sakit pinggangnya berkurangan.

“Ini membuktikan terapi solat boleh digunakan untuk merawat sakit pinggang. Kita akan menerbitkan buku kedua terapi solat yang bukan saja sesuai untuk wanita normal, tetapi untuk wanita mengandung. Bukan Islam juga boleh mengikuti terapi ini dengan melakukan senaman sama seperti gerakan solat,” katanya.

Jangan terkejut kerana solat boleh merawat Erektil Disfungsi (ED) atau lebih dikenali sebagai mati pucuk, masalah kesihatan yang lelaki amat takut.

Untuk lelaki normal, keupayaan seksual adalah tiga kali penegangan ketika tidur dan volum ketika ketegangan mesti lebih 200 peratus.

“Kajian dilakukan dengan mengukur zakar (pesakit diajar melakukan ukuran). Pada bulan pertama, tiada ketegangan langsung, tetapi selepas melakukan terapi selama dua bulan iaitu dengan melakukan solat tambahan, sudah ada ketegangan dan volum mencapai tahap normal,” katanya.

Beliau berkata, terapi adalah dengan cara melakukan solat sunat sebanyak tiga kali seminggu dengan setiap terapi sebanyak 12 rakaat atau kira-kira 30 minit

Selain itu, katanya antara hasil kajian yang menarik perhatian pakar sakit jantung ialah mengenai kadar denyutan jantung kerana selama ini, kajian saintifik lain menyatakan bahawa kadar denyutan jantung paling rendah adalah ketika berbaring.

“Kajian mendapati ketika solat, keadaan sujud mencatatkan kadar denyutan paling rendah dan lebih baik berbanding ketika baring. Ini menunjukkan posisi tubuh ketika solat adalah bagus,” katanya.

Sehubungan itu, katanya kajian akan dilakukan dengan lebih meluas untuk melihat sama ada posisi tubuh ketika solat boleh merawat sakit jantung.

Katanya, pakar jantung gembira dengan hasil kajian itu kerana boleh memperkenalkan terapi solat kepada pesakit jantung untuk melakukan senaman. Ketika ini, setiap pesakit jantung perlu melakukan senaman selama 30 minit setiap hari.

sumber: berita hairan

Betapa mulia dan tingginya amalan solat ini sehingga diberi pelbagai kelebihan bagi yang mengamalkannya...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.