Sunday, April 10, 2011

Merdeka

Merdeka...
Siapa Mengerti Apa Itu Merdeka...
Adakah Kerana Tiada Peperangan?
Adakah kerana Tiada Pemusuhan?
Adakah Kerana Tidak Dipenjara?

Ya!
Itu Adalah Merdeka...
Tapi Itu Kemerdekaan Bagi Hati Yang Buta...
Hati Yang Alpa...


Kerana...
Kita Masih Dijajah...
Pemikiran Kita Ditakluk...
Sahabat Seagama Kita Diseksa...
Adakah Kita Merasa Kemerdekaan?
Dengan Titisan Air Mata Mereka Seagama Dengan Kita?
Kemerdekaan Apakah Itu?

Disudut Kemanusian...
Kemerdekaan Adalah Apabila Semua Orang Merdeka...
Tiada Titisan Darah Merah Dari Si Anak, Wanita, Orang Tua...
Tiada Tangis Anak Kecil, Wanita, Orang Tua...

Disudut Hati Remaja...
Kemerdekaan Yang Sebenarnya Bila Kita Seronok Memberikan Pertolongan...
Disenangi Oleh Orang Sekeliling, Sehingga Ibu Bapa Redha Disertai Keredhaan Allah SWT...
Menghormati Orang Lain Walaupun Hanya Kanak-Kanak...

Disudut Agama...
Kemerdekaan Yang Sebenarnya Bila Kita Redha Dengan Allah Dan Allah Redha Dengan Kita...
Dikasihi Allah, Didoakan Kebaikan Oleh Sekalian Makhluk Termasuk Malaikat...

Disudut Negara...
Kemerdekaan Yang Sebenarnya Bila Rakyat Diberi Kuasa Berkata Benar...
Tiada Rasuah,  Penipuan, Penindasan Terhadap Rakyat...

Disudut Ilmu...
Kemerdekaan Yang Sebenarnya Bila Kita Diberi Kefahaman Dalam Ilmu Itu...
Diberkati Oleh Pengajar Dari Apa Yang Dipelajari...
Digunakan Sebaiknya Di Jalan Allah...
Disertai Rasa Rendah Diri...
Seperti Resmi Padi...
Makin Berisi Makin Tunduk...

Disudut Abadi...
Kemerdekaan Paling Besar Mengatasi Segala Yang Ada...
Kemerdekaan Yang Terhebat Dalam Perjalanan Kita...
Kemerdekaan Dari Azab Api Neraka...
Itulah Kemerdekaan Yang Sebenarnya...


Jangan Terlalu Ketawa Hingga Boleh Melupakan...
Jangan Terlalu Sedih Hingga Boleh Memudaratkan...
Jangan Terlalu Merdeka Hingga Boleh Jadi Buta...

Menangislah Kerana Allah, Gembiralah Kerana Ujian.
Nanti Diperolehi Makna Kemerdekaan Sebenar...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.