Saturday, April 9, 2011

Meraih Kebahagiaan




Bagaimana Nak Meraih Kebahagiaan?

Dalam dunia ni semua orang nak bahagia....Tak kira yang miskin atau kaya, tua atau muda...Semua nak bahagia...

Tapi camne nak dapat bahagia tu? Allah memberikan bahagia kepada hambaNya yang dikehendakinya sahaja... Bukan sebab harta, pangkat, anak, wanita, dll... Tapi hanya dgn izin Allah SWT jer...


Ada orang...Punyai harta, tapi tidak tenteram...Ada pangkat tapi tidak selesa...Ada anak tapi tidak seronok...Ada lekaki/wanita(Suami/Isteri) tapi tidak gembira...Sbb Allah tak bagi "sakinah" (ketenangan) pada mereka ni...

Tapi....
Ada Orang...Tidak punyai Harta, Tapi tenteram...Tiada pangkat tapi rasa selesa...Tiada anak tapi seronok...Tiada lelaki/wanita (Suami/Isteri) tapi gembira...kenapa?

Anda pernah ke tanya diri anda kenapa anda tidak bahagia?
Ada orang salahkan takdir...

Dalam hidup....kita mahu bahagia...Contohnya perkahwinan...nak perkahwinan tu bahagia...dan hubungan sampai bila-bila...

Kita cuma "nak" tapi perbuatan kita menunjukkan yg kita "tak nak"
Kita mahu...tapi tidak berusaha utknya(kebahagiaan)

So...camne nak raih kebahagiaan?

1)Bangun menjelang fajar menyingsing untuk beristighfar.

Firman Allah S.W.T "...Dan Orang-orang yang beristighfar(memohon ampun)di waktu sahur."...surah Ali-Imran :17)

Perlulah kita selalu beristighfar selalu...try hitung...berapa byk kita beristighfar setiap hari???

2)Menyendiri untuk bertafakur,Berfikir dan sekaligus menghayati ciptaan Allah yang luas ini.

Firman Allah S.W.T "..Dan mereka memikirkan tentang kejadian langit dan bumi..."surah Ali-Imran :191)

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Bertafakur sesaat adalah lebih baik daripada beribadat setahun.”



Riwayat ad-Dailani

Kita menghayati tak ciptaan Allah ni?? Betapa hebatnya ciptaanNya

3)Menjalin hubungan dengan orang yang soleh.

Firman allah S.W.T "..Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan Orang-orang yang beribadat kepada tuhan mereka..."surah al-Khafi :28)

Selalunya..kita hanya berkawan dgn orang yang satu kepala dgn kita sahaja....

4)Berzikir.

Firman Allah S.W.t "Wahai Orang-orang yang beriman!ingatlah serta sebutlah nama Allah dengan ingatan serta sebutan yang sebanyak-banyaknya.."surah Al-Ahzab :41)

Hisab diri kita...satu hari berapa kali kita berzikir? Try bandingkan dgn cakap-cakap kosong...mane lebih byk?

5)Bersembahyang dua rakaat dengan khusyuk.

Firman allah S.W.T "...iaitu mereka yang khusyuk dalam solatnya.."surah Al-mukminun)

Firman Allah S.W.T "Hai Orang-orang yang beriman!mintalah pertolongan kepada Allah untuk menghadapi kesusahaan dan kepayahaan dalam menyempurnakan sesuatu perintah tuhan dengan bersabar dan dengan mengerjakan sholat.."surah Al-Baqarah :153)

Khusyuk?
Cuba fikir balik...khusyuk tak solat kita?

6)Membaca Al-Quran dengan penuh penghayatan.

Firman Allah S.W.T "...Patutkah mereka bersikap demikian tidak mahu memikirkan isi Al-Quran.."surah An-Nissa :82)

Kita ni main baca jer (ada yg tidak baca langsung)... Try la baca tafsir sikit...biar faham...

7)Bersedekah secara Sembunyi-sembunyi.

Sabda Nabi S.A.W ...."Hingga tangan kirinya tidak tahu apa yang di infaqkan oleh tangan kanannya.."

Firman Allah S.W.T "..Dan ingatlah sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya maka merekalah Orang-orang yang berjaya.."surah al-Hasyr :9)

Sedekah...kita bersedekah pun jarang-jarang...kalau time bersedekah...nak menunjuk...

JANGAN NAK SALAHKAN TAKDIR
KALAU SALAH KITA SENDIRI

So sekarang kita dah tahu macam ne nak meraih kebahagiaan dari Allah.. dan kita tahu kenapa kita tidak bahagia...so ubahlah diri kita sekarang...

"Allah tidak mengubah nasib sesebuah kaum jika kaum itu tidak mengubah nasib mereka sendiri,"

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.