Wednesday, April 13, 2011

Dengarkanlah Wahai Wanita...



Wahai Wanita...

Cintamu Untuk Siapa?
Dirimu Hak Siapa?

Menyingkap Cinta Sang Puteri...

Cintamu Sebelum Kahwin...

Allah sebagai Tuhan Yang Satu...
Rasulullah sebagai Pesuruh Allah...
Ibu bapa serta ahlimu (adik beradik)...

Cintamu Selepas Kahwin...

Allah sebagai Tuhan Yang Satu...
Rasulullah sebagai Pesuruh Allah...
Suami serta ahlimu (anak-anak)...


_____________________________________________________________________


Tetapi apa yang berlaku sekarang?

Segelintir lelaki menggunakan Ilmu agama bagi mendapatkan tarikan dari Wanita...
Hal ini menyebabkan saya turut merasa sedih kerana nila setitik rosak susu sebelanga...
Mengakibatkan para pendakwah dipandang serong dan memberi impak buruk terhadap  penyebaran dakwah... Saya juga lelaki dan turut merasa sedih dan kecewa terhadap kaum sendiri...
Kaum Adam diberikan Ilmu agar dapat membimbing kaum Hawa ke arah yang benar dan menuju jalan keredhaan Allah, dan bukan menggunakannya untuk mempermain-mainkan Wanita dan agama Islam...

Anda Wanita jangan tertipu dengan sifat-sifat alim yang dibawa oleh lelaki... Sesungguhnya ada diantara mereka membawa kata dusta. Mereka ini mempunyai sifat terkeji dan munafik... Dan Sesungguhnya orang munafik itu tiada jalan Syurga bagi diri mereka...

Wahai Wanita...

Adakah kamu tergoda melihat dia (lelaki) berkelakuan baik dihadapan kamu?
Adakah kamu ingin memiliki dia (lelaki) yang berkelakuan baik dihadapan kamu itu?

Memang wanita (Solehah) itu mahu memiliki pasangan yang wara', alim dan berilmu terutamanya dalam agama...

Disebabkan itu Wanita ditipu oleh segelintir lelaki yang melabelkan diri mereka alim, wara' dan berpengetahuan...
Tidak dinafikan, Wanita (Solehah) sangat mahukan pasangan mereka dari kalangan yang beribadat kepada Allah, menjauhi segala larangan dan menuruti segala perintah Allah SWT...

Wahai Wanita...
Sesungguhnya... Hati lelaki ini terikat kepada benda yang cantik dan baik... Sekiranya lelaki ingin memiliki kamu, atau kamu ingin memiliki lelaki...

Apa yang harus kamu perbuat ialah memberi cabaran kepada lelaki agar menunjukkan kesungguhannya untuk mendapatkan kamu...

Apa cabaran itu?
Cabarlah mereka agar meminang kamu dan mengahwini kamu... Dan itu adalah bukti yang pasti lagi benar...
Tiada bukti cinta sebelum kahwin, tiada bukti sayang sebelum kahwin, dan perkahwinanlah sebaik-baik bukti untuk dirimu wahai Wanita...
Jangan terpedaya wahai Wanita yang waras...
Sekiranya lelaki itu meminang kamu dan menikahi kamu, itulah tandanya lelaki itu bersungguh-sungguh untuk mendapatkan kamu...

Sang Puteri...

Usahlah kamu tertipu lagi dengan lelaki...
Ingatlah, dirimu tinggi, dirimu mahal, dirimu tidak ternilai...
Sesungguhnya Islam mengangkat darjat Wanita setinggi-tingginya, dan janganlah pula kamu jatuhkan darjat itu...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.