Sunday, April 10, 2011

Basmalah

بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

  1. Basmalah mempunyai 19 huruf dan sesiapa yg membacanya sekali, maka Allah akan menjadikan 19 Malaikat bagi setiap hurufnya yg akan mendoakan dan menyelamatkan pembacanya dari azab Api Neraka pada Hari Kiamat kelak.
    -Baca sekali, tapi Allah bagi ganjaran besar...rugi kalau tak amal...
  2. Setiap doa yg dimulai dgn Basmalah takkan ditolak.
    -Ini saya tak boleh nak cakap lar..sebab majoritinya bila berdoa kita baca Bismillah.
  3. Dgn membacanya sbyk 21 kali sewaktu hendak tidur, seseorang itu akan terpelihara dari sebarang kejahatan Syaitan, Jin, Manusia, Pencuri dan kematian yg mendadak atau mengejut dan terhindar dari segala bala dan penyakit.
    -Amalkan selalu...time nak tidur tu...bukalah henset canggih tu dgr alunan zikir dan bacaan Al-Qur'an, paling tidak nasyid...tp orang kita ni sebaliknya...buka lagu yg tidak beri manfaat.
  4. Sesungguhnya Allah SWT memiliki ribuan nama dan kesemua nama Allah itu terkandung pengertiannya dalam Basmalah. Maka sesiapa yg membacanya seolah-olah dia menyebut ribuan nama Allah itu.
    -Senangnyer nak buat amal, tp kenape masih berat nak lakukan amal?
  5. Menurut mafhum Hadis, Baginda Rasulullah SAW ada menyatakan bahawa: "Setiap pekerjaan yg baik itu jikalau tidak dimulakan dgn Basmalah, ia akan terputus dari keberkatan." Maka, dgn membaca Basmalah pada setiap urusan dan pekerjaan kita yg baik sudah tentunya akan menghasilkan keberkatan.
    -Ini kena amik berat, selalunya kita ni...bila buat satu-satu keje tu...lupa nak baca Bismillah..ni, baca artikel ni baca Bismillah tak? haaa...jgn lupa........
  6. Sesiapa membaca Basmalah sebanyak 100 kali selama 7 hari berturut-turut untuk sesuatu penyakit atau sihir, nescaya akan sembuh, Insya-Allah.
    -Minta jauh dari sihir...kalau penyakit tu...biasa lar...utk uji kita..
  7. Sesiapa membaca Basmalah sebanyak 113 kali pada hari Jumaat ketika Khatib di atas mimbar, kemudian berdoa bersama Khatib dan memohon sebarang hajat daripada Allah SWT, nescaya akan diperkenankan.
    -Jgn pula buat sekali jer...pastu tak buat dah...amalkan...pastu serahlah pada Allah...Allah tau apa yg terbaik utk hambaNya...
  8. Sesiapa membaca Basmalah sebanyak 313 kali ketika terbit matahari pada hari Ahad dengan menghadap kiblat, nescaya Allah akan mengurniakan rezki yg tak terbatas.
    -Rezki, Insya-Allah...Allah blh bagi rezki pada jalan yg kita sendiri tidak sangka...
  9. Sesiapa membaca Basmalah sebanyak 786 kali dengan ikhlas dan hati yg suci serta berkeadaan bersih (berwudhuk) untuk sesuatu hajat atau perkara yg diredhai atau untuk menjauhkan sesuatu bala, nescaya akan berhasil. Jikalau melakukannya dalam keadaan berpuasa, nescaya terhasil dengan segera.
    -Doa orang yg lapar mudah termakbul...
  10. Sesiapa membacanya 1000 kali setiap hari, nescaya mudah memperolehi apa yg dikehendakinya.
    -1000 kali setiap hari...haa..blh ker? larat ker? Dalam fikiran kita mesti kebanyakan dari kita cakap xlarat...byk sgt...(hmmm kalau bercakap kosong, berjuta-juta kali xpe plak...jgn bagi alasan sekiranya kita mampu lakukan.)
  11. Sesiapa membacanya sebanyak 1500 kali pada setiap hari, nescaya semua manusia akan bersetuju dan tunduk kepadanya (dalam melakukan perkara baik)
    -Haa..ini lagiiii banyak..1500 kali utk setiap hari tuh...Insya-Allah kita mampu..

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.